“Biarlah kami bertenang dulu”- Nubhan enggan ulas video dengan isteri

Tvlar di media s0sial kini mengenai video penyanyi Nubhan yang dikatakan sedang berg4duh dengan isterinya dipercayai dirakam oleh seorang individu dari dalam kereta.

Video yang berdurasi 2 minit 43 saat itu antara lain merakamkan perbualan,

“OTAK you (awak) letak kat (di) mana? Fikirlah sikit. Sekarang ini kereta hilang tau. I (saya) tak ada duit nak beli kereta tau tak?”

Nubhan ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut video yang tersebar itu.

“Maaf tadi ada hal pula. Nak tanya fasal video ini? Biarlah kami bertenang dulu. Bagi selesaikan satu persatu. Tak nak nanti lagi p4rah,” katanya.

Nubhan yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam mengambil pendekatan berdiam diri apabila ditanyakan kesahihan video tersebut.

Nubhan dan isteri, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek seorang doktor gigi berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*