Dr Noor Hisham terima Anugerah BrandLaureate

Tahniah! KESUNGGUHAN Malaysia menangani p4ndemik Covid-19 sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerima anugerah daripada Yayasan Jenama Dunia (The World Brands Foundation).

Dalam perkongsian beliau menerusi catatan di Facebooknya hari ini, Dr Noor Hisham dengan rendah diri menerima anugerah berkenaan.

Ujar figura hebat ini, beliau mewakili pihak barisan hadapan dan mereka yang bekerja di belakang tabir mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan antarabangsa itu.

“Kedua-dua anugerah ini mencerminkan dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap individu di KKM serta pelbagai agensi lain untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

“Kami sudah menghadapi banyak cabaran dan rintangan ketika w4bak Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini namun kami berjaya mengatasinya bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata, belum pernah ada kerajaan dan masyarakat bekerja bersama untuk kesihatan awam sehingga menjadikan setiap sektor adalah sektor kesihatan dan realitinya ia kini dapat dicontohi orang lain.

“Terima kasih kepada rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada barisan hadapan serta pihak berkuasa sepanjang masa yang mencabar ini.

“Marilah kita terus memastikan negara tercinta kita menang dalam perang ini melawan mvsuh yang tidak kelihatan.

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita,” katanya.

Rata-rata netizen dari pelbagai bangsa turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Noor Hisham.

 

Sebelum ini,Dr Noor Hisham juga telah dianugerahkan Alumni Tersohor 2019 oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas sumbangan besar beliau dalam bidang perubatan.

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*