Ernie, Syamel nikah tahun depan

“Insya-Allah seperti yang anda dengar mengenai calon suami saya, doakanlah apa yang selalu orang dengarkan berjalan dengan baik dan dimakbulkan,” itu komen ringkas penyànyi Ernie Zakri bila dikatakan bakal mengakhiri zaman solo bersama rakan duetnya,Syamel.

Pelontar lagu Ku Bersuara itu berkata, dia bakal menginjak usia 29 tahun pada tahun hadapan, justeru sudah tiba masanya untuk memikirkan soal rumah tangga.

Bagaimanapun, ketika ditanya desas-desus majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung pada Ogos ini,

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri menyangkal d4kwaan berkenaan.

Katanya, fokusnya untuk membahagiakan orang tuanya memandangkan kakaknya sudah berkahwin. Jadi, tanggungjawab menjaga ibu bapanya kini terpikul pada bahunya.

“Saya sentiasa berdoa ditemukan jodoh yang baik. Saya fikir masa paling sesuai untuk merancang soal jodoh, tahun depan. Tahun ini rasanya tak mungkin, seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak kekangan yang seni terpaksa dilalui.

“Saya percaya penggiat seni melalui pelbagai kesukaran yang sama, tahun ini. Jadi, untuk meletakkan bila saya akan mendirikan rumah tangga mungkin sukar kerana memerlukan perancangan rapi. Tetapi, insya-Allah, doakan saya bakal menamatkan zaman bujang, tahun depan.

“Bagaimanapun, ia hanyalah perancangan kerana saya hanya mahukan yang terbaik untuk keluarga,” katanya lagi.

Pelakon drama Suri Katriana itu memohon agar para peminat mendoakan hubungan mereka sambil dalam nada berseloroh berkata, Syamel mempunyai rupa yang manis.

Terdahulu, pasangan sama padan ini dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas merakamkan lagu duet berjudul Aku Cinta. Lagu berkenaan merangkul trofi Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu Ke-32.

 

 

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*