Enot jawab fitnah timang ‘cucu ekspres’

PELAKON Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah menepis d4kwaan ‘nakal’ sesetengah pihak kononnya perkahwinan anak sulungnya pada usia muda dibuat bagi menutup malu akibat terlanjvr.

Menurut Enot,42 keputusan untuk menikahkan anak sulungnya, Andriana Balqis, 18, pada Mac tahun lalu dibuat atas rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal.

“Ada yang kata anak saya kahwin awal sebab terlanjur, tapi saya minta mereka semak tarikh nikah, tarikh mula mengandung dan bila dia melahirkan anak. Ini satu fitn4h untuk anak saya.

“Saya nikahkan awal sebab ia lebih mudah daripada biarkan dia keluar dengan lelaki tanpa ikatan yang sah,” katanya.

 

Sementara itu bercerita mengenai kehadiran cucu sulung yang baru berusia tiga bulan, Enot berkata ia merupakan satu rahmat untuknya.

“Umur saya 42 tahun Allah dah bagi rezeki dapat cucu… anak saya bersalin ketika PKP jadi sekarang usia cucu saya dah tiga bulan.

“Saya seronok, rasa semangat untuk hidup itu makin banyak kerana dapat lihat cucu membesar depan mata, ” ujarnya.

 

 

 

 

 

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*