Zila Bakarin kongsi detik penghijrahan berhijab

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang popular dengan imej s3ksi serta watak antag0nis ini satu ketika dulu.

Namun kini semuanya tinggal kenangan. Zila Bakarin sudahpun berhijab. Dia mengakui, ramai yang tidak mengetahui tentang imejnya yang berhijab.

Ujar Zila, dia mengambil keputusan terus berhijab dengan serta merta tanpa bertanya pendapat orang sekeliling dan mengakui keinginannya berhijab datang dari diri sendiri.

“Semasa nak keluar ambik anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans. Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai. Bila keluar rumah terus rasa aku dah selamat”- ujarnya.

Kongsi Zila lagi, dia bersyukur dengan sokongan peminat yang tidak henti memberi sokongan dan berdoa untuk penampilannya yang sekarang.

Ketika ditanya aktiviti terkini nya, Zila Bakarin memberitahu dia melibatkan diri dalam program “Jom Celik Al-Quran”. Zila atau nama sebenarnya Rosmawati binti Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang dan hasil dari bantuan Adam Corrie.

Pada mulanya terbit rasa takut untuk menerima tawaran dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dia tidak mahu menangguhkan benda yang baik dan terus menerima tawaran tersebut.

Antara rakan selebriti lain yang turut terlibat adalah Adam Corrie, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Heliza Helmi dan Hazwani Afiqah.

Dengan slogan “Dari Buta Ke Celik Al-Quran”, sebanyak 3 kategori program pengajian akan dilaksanakan iaitu kelas ibtida’i atau kelas asas, kelas tahsini, dan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT).

Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah ke atas MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.

Semoga Zila terus istiqamah dalam memperbaiki diri menjadi muslimah sejati. Insya Allah.

 

 

 

 

Sumber: Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*