Selepas lebih 2 dekad, Ben Nathan bakal lancar single terbaru

Setelah beberapa kali projek rakaman single nya tertunda, akhirnya penyanyi era 80an yang popular dengan lagu Stanza Sekeping Hati, Ben Nathan atau nama Islamnya ,Ben Adam Abdullah bakal muncul dengan single terbarunya tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan oleh Presiden YKAT, Dato DJ Dave.

“Kami nak lancarkan single dia dan sedang buat persiapan sekarang. Lagu dari Jakarta yang mana hasil ciptaan rakan kepada Tan Sri Jojo.

“Lagu berentak balada ini sudah siap dirakam. Kami masih cari tarikh sesuai untuk lancar. Mungkin selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemvlihan (PKPP) berakhir,” ujar Dave dipetik sebagai berkata pada media ketika ditemui pada sesi kunjungan mesra ke rumah beberapa artis yang mendapat bantuan Program Perumahan Rakyat (PPR) di PPR Sri Aman, Kuala Lumpur, semalam.

Ulas Dato DJ Dave lagi,Ben Nathan telah diajar untuk menyanyikan lagu baruya itu selama 2 tahun, sepanjang tempoh dia berada di rumah kebajikan.

“Ben masih dalam pemvlihan. Dia masih dalam rumah kebajikan di Petaling Jaya. Dia sudah dua tahun dalam rumah itu. Keadaannya okay, okay lah.

“Cuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya tak pergi melawat. Malah empat ke lima bulan kebelakangan ini dia masih okay. Cuma diam perlahan dari segi berfikir dan menjadi orang yang sangat ‘simple’ dan bukan macam dulu lagi.

“Di sana dia sangat terjaga. Tak boleh keluar ke mana-mana. Sekarang saya sedang berbincang dengan keluarganya bolehkah mereka menjaga dia. Perkara ini saya sudah cakap pada keluarga dan adik lelaki dia dan kita bincang,” jelas Dato DJ Dave lagi.

Sebelum ini Ben Nathan pernah mencvri perhatian masyarakat apabila tvlar dia hidup sebagai gelandangan selama 24 tahun. Malah adakalanya pakaiannya juga tidak tervurus dan ada yang menyangka dia sebagai kurang sivman.

Lebih manis lagi, Ben juga bakal berteduh di kediaman nya sendiri di PPR Sri Aman yang telah diperolehi nya sejak dua tahun lepas.

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*