Sehari selepas Abishek positif, kini Aishwarya dan anak pula dijangkiti COVID19

Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya, Aaradhya Bachchan kini didapati positif Covid-19, sehari selepas bapa mertua, Amitabh Bachchan dan suaminya, Abhishek disahkan
dijangkiti virus tersebut.

Menteri Kesihatan negeri Maharastra, Rajesh Tope menerusi ciapannya mengesahkan perkara itu.

Namun,beliau tidak menyatakan sama ada aktres itu dirawat di hospital atau sebaliknya.

Sebelum ini, Amitabh dan Abhishek dilaporkan positif virus itu kini berada di Hospital Nanavati, Mumbai.

Keadaan isteri pelakon lagenda berusia 77 tahun itu, Jaya, yang turut menjalani saringan ujian tersebut didapati masih lagi negatif.

Aishwarya berkahwin dengan Abishek Bachchan pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 9 tahun.

Kes koronavirus di India terus meningkat dengan jumlah jangkitan mencecah 820,000 dan kem5tian sebanyak 22,000.

 

 

 

Sumber:MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*