Sharifah Sakinah umum perceraian

Setelah lama berteka-teki, pelakon Sharifah Sakinah akhirnya mengesahkan rumah tangganya dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, sudah berkecai sejak Mei lalu.

Sharifah Sakinah berkata, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lagi.

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, tersebar gosip mengenai Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bers0sial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

Aliff juga pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pramugari.

Ketika ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini men4fikan perkara itu.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Sakinah dan Aliff disatukan sebagai suami isteri pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*