Neelofa – PU Riz bercinta?

Dah lama juga kisah cinta pelakon dan usahawan berjaya, Neelofa dengan mana-mana lelaki tidak kedengaran.

Tetapi , yang terkini ada bisik-bisik yang memberitahu bahawa hati Neelofa kini sedang berbunga-bunga dengan penceramah bebas dan juga seorang pelakon ,PU Riz.

Ini kerana kelibat PU Riz sering kelihatan menemani Neelofa dalam aktiviti pelakon itu dengan pertubuhan amalnya yang diberi nama Amal Kasih Neelofa.

Tetapi sebenarnya ini bukanlah kali pertama PU Riz bekerjasama dengan Neelofa.

PU Riz sering diundang Neelofa untuk memberikan ceramah pada majlis-majlis ilmu anjuran Neelofa di butiknya di Taman Tun Dr Ismail,Petaling Jaya sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun pada peringkat awal PU Riz dikec4m kerana dikatakan ingin menumpang populariti pengacara jelita itu, terdapat juga d4kwaan yang kononnya Neelofa hanya mempergunakan PU Riz untuk memulihkan imej dirinya yang pernah terpalit k0ntroversi satu ketika dulu.

Namun bagi Pu Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dia tidak pernah memandang ‘kisah lampau’ Neelofa dan baginya selagi ada perkara baik yang hendak dilakukan, dia akan tetap terus memberikan sokongan kepada ‘rakannya’ itu.

PU Riz mula dikenali apabila menjadi peserta program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016 dan pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) pada tahun 2017.

Antara drama lakonannya ialah Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus dan Anugerah Cinta Aisyah.

Pu Riz muncul dengan lakonan pertama sebagai hero dalam filem Ada Apa Dengan Dosa bergandingan bersama Wana Ali.

Apapun, kita doakan yang baik baik sahaja untuk Neelofa dan siapa pun bakal jodohnya.

Mungkin dengan PU Riz,mungkin juga Dato Hans Isaac. Hehehe.

Yang pasti, the best man win!

 

 

 

 

 

Sumber:Hip

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*