Peminat abaikan penjarakkan s0sial demi Baim Wong!

Video Pelakon Baim Wong diserbu peminat ketika berkunjung ke Dusun Degaran, Karangdowo Klaten, Indonesia menjadi tuvlar di laman sOsial.

Menerusi akaun Facebook Kabar Bayat Klaten, seorang individu berkongsi video pendek situasi semasa Baim dan isterinya, Paula mengadakan kunjungan berkenaan.

“Artis Baim Wong ternyata sambutan hebat, orang Klaten luar biasa. Tadi siang pulang kampung diserbu para peminatnya.

“Sampaikan pihak keselamatan terpaksa turun untuk mencegah supaya tidak ada berkerumun kerana masih bah4ya coronavirus. Artis idola memang luar biasa,” tulis Tombo Gelo.

Dalam video berkenaan, Baim menerima sambutan hebat penduduk kampung sehinggakan rombongannya terpaksa dikawal polis.

Bagaimanapun ada netizen berasa kurang senang melihat aksi segelintir penduduk yang mengabaikan penjarakkan s0sial ketika penularan w4bak tersebut sedang memuncak di Indonesia.

Sementara itu, Ketua Kampung Sentono yang dikenali Mulyono berkata kedatangan  Baim dan rombongan mengunjungi desa mereka telah mendapat kebenaran dan sangat dialu-alukan

Difahamkan Baim menghantar seorang penduduk kampung, Gandung Ariharteja yang berjaya menyahut cabaran berbasikal ke Jakarta semata-mata ingin berjumpa Baim.

Baim dan rombonganya menaiki dua buah bas bersama hampir 15 orang kru.

“Kita sudah siap protokol Covid-19, kita sudah tegaskan kalau mahu ke lokasi harus memakai penutup muka, diperiksa suhu dan cuci tangan menggunakan sabun.

“Yang tak mahu ikut protokol tidak dibenarkan ke lokasi, kita berusaha mengatur jaga jarak. Semoga semuanya selamat!,” kata Mulyono.

 

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*