BSH RM480: Anak bawah umur 18 tahun layak dapat

Sungguhpun kini negara berhadapan dengan kriisis ekonomi akibat penularan wabak Covid-19, pihak kerajaan tetap komited dalam memberi bantuan terutamanya kepada mereka yang layak.

.
Demikian yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bahawa keluarga yang mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, layak menerima bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bagaimanapun, maksimum empat orang anak sahaja yang layak mendapat bantuan dengan setiap orang akan menerima RM120 pada fasa ketiga ini.

Tambahnya lagi, BSH kali ini merangkumi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang dengan implikasi kos sebanyak RM3 billion.

“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini.

Pendapatan isi rumah kurang RM2,000
Bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM600 manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 akan mendapat BSH RM350.

Manakala, bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 dan, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima BSH RM400.

Ujar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan fasa kedua serta fasa ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 dan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

“Perbadanan Malaysia Sabah dan Perbadanan Malaysia Sarawak akan turun ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di kawasan pedalaman bagi memudahkan urusan penerima di kawasan berkenaan.

“Usaha ini bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan impIikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta” Tambahnya.

BSH fasa ketiga dijangka akan dilaksanakan sebelum akhir Julai ini.

 

 

 

 

Sumber:Xtra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*