Pengarah filem Yusof Kelana hidap k4nser kulit tahap 4

Pengarah filem Trag3di Oktober dan Pontianak Menj3rit, Yusof Kelana, 66, tidak menyangka lvka pada tapak kakinya membawa petanda yang dia menghidapi peny4kit k4nser kulit .

Biarpun lvka tersebut semakin membesar, Yusof tidak mengendahkan ajakan anaknya ke hospital kerana menyangka ia sekadar luka biasa.

“Sehinggalah saya terjatvh dan sakit dada, lantas anak tidak berlengah lagi membawa saya ke hospital. Saya tak mempunyai peny4kit kencing manis, jadi doktor menjalankan ujian Computed Tom0graphy atau CT Scan. Daripada situ, mereka mengesan peny4kit, tetapi untuk mendapatkan lebih kepastian, mereka mengambil tisu. Hasil ujian, saya disahkan menghidap k4nser kulit tahap empat, dua minggu lalu,” katanya.

Yusof yang reda dengan ujian berkata, dia tidak akan berputus asa, sebaliknya mahu terus berjuang untuk melawan penykitnya.

Dia kini dirawat di H0spital Ampang Puteri bagi menjalani rawatan kem0terapi. Sebelum itu, Yusof dimasukkan ke h0spital selama 10 hari pada penghujung bulan lalu.

Mengakui sering menjalani ujian kesihatan, tetapi tidak membabitkan keseluruhan badan menyebabkan peny4kitnya gagal dikesan.

“Saya akan melalui rawatan kem0terapi untuk lima pusingan terlebih dahulu. Dari situ, doktor akan memantau sama ada rawatan yang dijalani berkesan atau tidak. Saya reda dengan ujian peny4kit kerana semua ini sudah tertulis, tetapi kita tidak boleh mengalah.

“Selain mencuba perubatan moden, saya akan mencuba rawatan alternatif. Selepas dibenarkan keluar h0spital selepas rawatan pertama, saya ke Ipoh, Perak mencuba perubatan tradisional. Ini sekadar ikhtiar yang termampu. Saya tak kisah berhabis kerana nyawa lebih berharga daripada segala-galanya. Lagipun, tiada guna bersedih kerana ada orang yang keadaannya lebih teruk daripada saya,” ujarnya.

Pemilik YKS Film Maker itu berkata, dia bersyukur kerana teman rapat meluangkan masa menziarahinya. Antaranya, Datuk Yusof Haslam, A Galak, Mohd Noor Kadir dan ramai lagi. Ia sedikit sebanyak menceriakan hatinya.

Ujar Yusuf, dia mungkin tidak menyedari peny4kit yang dihidapi kerana terlalu komited dengan kerja seni. Katanya, dia baru sahaja menyiapkan penggambaran dokumentari berjudul Kota Kota Yang Ditinggalkan untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebanyak 13 episod.

Sebelum itu, Yusof yang juga produser menyelesaikan penggambaran Mahathir, The Journey hingga tidak menyedari kes4kitan yang dialami: “Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya sibuk dengan tugas sebagai produser filem Mahathir, The Journey an pengarah dokumentari Kota Kota Yang Ditingg4lkan.

“Apabila PKP dilaksanakan, kerja saya mula tertangguh. Jadi, apabila kerajaan memberikan kelonggaran menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), saya tidak berlengah menyiapkan saki baki dokumentari tertangguh.

“Kini, dokumentari dalam peringkat suntingan, tetapi disebabkan saya baru dikesan menghidap k4nser, jadi tugas terpaksa diserahkan kepada tenaga produksi lain untuk disiapkan. Saya akui, mungkin selama ini saya terlalu sibuk hingga tidak perasaan perubahan diri.

“Bagaimanapun, naluri hati saya seperti dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena apabila luka pada kaki semakin membesar. Saya juga kurang bermaya, tetapi disebabkan sibuk dengan kerjaya, saya tak ambil peduli keadaan diri,” jelasnya.

Yusof berkata, dia tak menyangka k4nser kulit boleh merebak hingga berada pada tahap empat secepat ini: “Seperti dikatakan, saya tak akan berputus asa untuk berjuang melawan peny4kit ini. Walaupun sudah puluhan ribu dibelanjakan untuk rawatan dan bil hospital, saya sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat melawan peny4kit. Ini kerana ny4wa lebih berharga daripada wang ringgit,” tuturnya.

 

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*