Buaya sepanjang tiga meter dijumpai di ladang sawit

Seekor buaya sepanjang tiga meter ditemui di dalam lopak air di sebuah kebun sawit di Kampung Linau Kecil, Batu Pahat pada Isnin.

Dalam kejadian jam 3.21 petang itu, seorang pekebun sedang membersihkan kawasan berkenaan sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saifulle Idris, berkata sepasukan anggota segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Operasi menangkap reptilia seberat 150 kilogram itu mengambil masa 30 minit disebabkan ia agak agresif.

“Kita percaya buaya berkenaan sebelum ini tersesat masuk ke anak Sungai Linau berhampiran kebun sawit itu,” katanya di sini, pada Isnin.

Katanya, buaya berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

 

 

 

Sumber:Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*