Cara menjadi ibubapa yang garang tapi penyayang di mata anak-anak supaya anak jadi ‘orang’

Perkongsian dari seorang teman:-

Ibu saya memang garang dengan anak-anak. Dulu, memang rasakan ibulah, insan paling garang di dunia. T4kut nak buat sebarang kesalahan walau di rumah sendiri sebab nanti ‘berbekas’ tangan kena cubit. Tak campur lagi dengan leteran ibu yang tak habis-habis. Mau kebas telinga ni.

Tapi,yang baiknya, disebabkan kegarangan ibulah, kami adik-beradik sering dipuji bila bertandang ke rumah sedara-mara mahupun jiran kerana berdisiplin.
Manakan tidak, baru je nak sentuh barang atas meja, ibu sudah jegilkan mata kasi warning ‘Jangan SENTUH’. Kalau sentuh juga, siap lah balik nanti. Memang duduk diam aje kami di situ dan terbawa-bawa hingga sekarang. Memang tak berani nak sentuh barang milik tuan rumah tanpa izin.

Hmm..bila direnung balik,masih ada kah ibu yang garang di zaman sekarang ini?

Tanpa kira sedari,perubahan masa menyaksikan anak-anak zaman sekarang membesar dalam suasana yang sangat berbeza. Terlalu manja dan angkuh hinggakan ada yang sampai satu tahap,jika ditegur, terus melenting sampai bersikap kurang ajar tidak kira pada sesiapa sahaja.

Sebenarnya, ibu tak perlu jadi garang setiap masa untuk mendisiplinkan anak-anak. Cukuplah sekadar mereka tahu tanggungjawab mereka sebagai anak bukan sahaja pada ibu bapa malah pada orang sekeliling.

Jadi, bagaimana cara menjadi ibubapa yang garang tapi penyayang di mata anak-anak? Ini caranya..

Tetapkan waktu tidur

Tidur yang cukup sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Disiplinkan anak supaya masuk ke bilik tidur pada waktu yang ditetapkan meskipun adakalanya mereka member0ntak terpaksa tidur awal. Apabila dapat tidur yang mencukupi, anak mudah bangun pagi untuk mengerjakan solat Subuh. Anak yang bersolat lembut hatinya dan mendengar kata.

Beli dengan duit sendiri

Ajar anak-anak menabung. Jika anak meminta membeli barang yang mereka inginkan, suruh mereka mengumpul duit sendiri hingga dapat membeli barang berkenaan. Jangan sesekali mengalah dengan pujukan mereka. Dengan cara ini, mereka akan belajar menghargai barang yang dibeli.

Guna selagi elok

Berjimat cermat. Elak manjakan anak dengan membeli apa sahaja kemahuan mereka walhal barang yang ingin dibeli sudah melambak di rumah. Beli apa yang perlu sahaja atau gantikan dengan yang baru hanya apabila barang lama sudah habis diguna.

Tanggung kesilapan sendiri

Berdiri dengan kaki sendiri. Jika anak terlibat dalam masalah, pastikan mereka mencari jalan penyelesaian. Dengan ini ,anak akan lebih bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang dilakukan.

Pantau pergerakan dan perbuatan

Lihat tingkah laku anak juga. Kawal pergerakan anak supaya tidak terdedah dengan perkara tidak elok lebih-lebih lagi dalam melayari Internet yang lebih banyak keburuk4n daripada kebaikan.

Galak buat kerja secara sukarela

Ajar mereka berdikari. Jangan lekakan anak dengan hadiah setiap kali mereka melakukan sesuatu. Ajar mereka lakukannya tanpa mengharapkan balasan. Dengan ini mereka akan belajar lebih ikhlas dalam membuat satu-satu perkara tanpa dipaksa.

Berani mengaku kesalahan

Tanamkan sifat pemaaf dalam diri mereka. Didik anak supaya mudah meminta maaf setiap kali membuat salah. Jadi, anak akan berfikir sebelum melakukan sesuatu yang anda tidak suka.

AKHIR KATA

Jadi, biarlah anda digelar ibu yang garang oleh anak-anak kerana apa yang anda lakukan adalah untuk masa depan mereka. Nanti apabila mereka dewasa, mereka akan faham kenapa anda bertindak tegas kepada mereka.

Kalau masih tak nampak lagi, tontonlah filem P.Ramlee, Anakku Sazali , di Situ kita akan dapat lihat apa kesannya jika anak dimanjakan berlebih-lebihan.

 

 

 

 

 

Sumber:int3tree via Majalah harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*