Selain Kamal Adli, berikut ialah tujuh selebriti yang pernah dikaitkan dengan Uqasha Senrose

Khabar angin terkini bertiup kencang mengatakan pelakon cantik Uqasha Senrose sedang hangat bercinta dengan pasangannya dalam drama ‘Setelah Terlafaz nya Akad’, iaitu aktor Kamal Adli.

Ini bukan kali pertama Uqasha dikaitkan dengan selebriti lelaki. Mugkin kerana rupa paras yang cantik serta peramah maka ramai yang ingin mendekati aktres ini.

Jom kita imbas kembali selebriti yang pernah digosipkan dengan si cantik manis ini.

 

1) Pekin Ibrahim
Kisah percintaan Uqasha dan aktor Pekin Ibrahim mula dihidu apabila kedua mereka telah pergi bercuti bersama-sama dengan keluarga Uqasha di Phuket.

Pasangan ini akhirnya mengesahkan cerita cinta tersebut apabila mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Julai 2013.

Bagaimanapun, Uqasha dan Pekin putus tunang pada Februari 2014 apabila Pekin dikatakan mempunyai bukti bahawa bekas tunangnya itu menjalin hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.

 

2)Syafiq Kyle


Gosip mengenai percintaan mereka ini mula tersebar apabila Syafiq sendiri membuat pengakuan bahawa Uqasha adalah teman istimewanya.

Malah ada dakw4an mengatakan Syafiq sanggup berpindah rumah semata-mata mahu sentiasa dekat dengan Uqasha.

Namun hubungan ini akhirnya terlerai apabila Syafiq dituduh sebagai lelaki panas b4ran dan dikatakan memvkul Uqasha , yang seterusnya menjadi punca perpisahan mereka.

Begitupun, Syafiq menafikan dakwaan terbabit, selain menganggap g0sip berkenaan sebagai mengarut.

Uqasha juga turut menafikan yang dia pernah dipukul Syafiq Kyle seperti yang didakwa.

3)Ben Ali

Uqasha dikatakan rapat dengan seorang usahawan dan juga pelakon baru (ketika itu) yang dikenali sebagai Ben Ali selepas putus cinta dengan Syafiq Kyle.

Malah ada juga suara-suara nakal yang mengatakan Ben Ali punca hubungan Uqasha putus sebelum ini.

Namun ternyata hubungan Uqasha dan Ben Ali sekadar teman tapi mesra kerana Ben Ali memilih aktres Nadia Syahab sebagai teman hidupnya.

 

4) Tengku Bakar

Berita percintaan antara Uqasha Senrose dengan seorang kerabat diraja Pahang yang dikenali sebagai Tengku Bakar memang cukup hangat diperkatakan apabila kedua-duanya sering memuat naik foto mesra bersama di akaun Instagram.

Namun Uqasha menafikan sebarang status hubungan istimewa dengan Tengku Bakar kerana ingin fokus kepada kerjayanya yang sedang meningkat naik.

 

5) Iqram Dinzly

Uqasha dan Iqram mula berkawan rapat selepas menyertai satu acara di Kuching, Sarawak.

Iqram menyifatkan Uqasha seorang yang manja dan boleh menerima usikan serta gurauan secara terbuka.

Namun gosip Uqasha-Iqram berakhir apabila foto mereka bercuti di pulau Koh Lipe Thailand bersama ahli keluarga yang lain menjadi k0ntroversi kerana foto tersebut memperlihatkan Uqasha tidak lagi berhijab dan juga berpakaian seksi.

6) Hefny Sahad

Jika sebelum ini Uqasha tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungannya dengan mana-mana lelaki, tetapi berbeza pula kisahnya dengan pengacara Hefny Sahad.

Dalam satu temubual BH Online pada majlis Anugerah Skrin 2017,Uqasha memaklumkan yang dia serius menjalinkan hubungan dengan dengan Hefny Sahad dan mereka juga bakal bertunang.

Bagaimanapun pengakhiran hubungan percintaan Hefny Sahad dan Uqasha Senrose akhirnya terbongkar apabila Hefny membuat pengakuan yang dia tidak tahu menahu mengenai kes Uqasha terlibat dengan d4dah kerana mereka tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan.

‘Hubungan kami berlangsung lebih kurang setahun. Kami putus bukan sebab orang ketiga. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya. Meskipun pernah merancang untuk ke fasa lebih serius tetapi ini aturan dan ketentuan Allah. Jodoh itu rahsia Allah.”,komen Hefny,ringkas.

 

7) Ben Amir
Selepas tiga bulan putus cinta dengan pengacara Hefny Sahad, Uqasha dikatakan ‘rapat’ dengan pelakon Ben Amir.

Gosip mula tersebar selepas percutian Uqasha dan adiknya Nelydia ke Bali turut disertai Ben Amir.

Bagaimanapun Ben Amir membuat pengakuan bahawa mereka sekadar kawan dan tidak kisah andainya aktres jelita yang dikaitkan intim dengannya itu keluar dengan lelaki lain

Ben juga berharap pihak luar tidak menyalah tafsir persahabatan mereka sebagai ikatan cinta.

 

 

 

Begitulah serba ringkas gosip percintaan si jelita Uqasha Senrose. Ada yang betul dan ada yang sekadar usik-usik nakal dunia hiburan saja.

Semoga Uqasha dipertemukan dengan cinta sejatinya juga satu hari nanti.

Mana tau, mungkin juga dengan Kamal Adli. Ops!

 

 

 

Sumber:Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*