Emma Maembong umum bakal jadi ibu tak lama lagi

Pelakon cantik Emma Maembong mengakui yang dirinya kini sudah berbadan dua apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Emma atau nama sebenarnya Fatima Rohani Ismail, 28, memberitahu dia dan suaminya iaitu Shazli Azhar berasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Berbulan madu pertama buat kami dan percutian terakhir berdua dengan suami saya. Tak sabar nak jumpa baby saya,” kata Emma secara ringkas di laman s0sial miliknya.

Bagaimanapun pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu tidak mendedahkan usia kandungannya.

Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*