Uqasha kongsi gambar sambutan hari lahir dengan Kamal Adli,sekali Dato’ Alha Alfa bagi komen win!

Pelakon cantik Uqasha Senrose menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 baru-baru ini.

Majlis yang meriah dengan kehadiran ahli keluarga menerusi lampiran foto yang dimuat naiknya di Instagram, pelakon Kamal Adli dilihat turut hadir memeriahkan majlis.

Menerusi ruangan kapsyen, kakak kepada Nelydia Senrose ini turut menzahirkan rasa syukur selain mengucapkan terima kasih atas kejutan yang dibuat insan tersayang.

Sementara itu rakan artis dan peminat turut menitipkan dedikasi bersempena dengan hari jadi bintang Setelah Terlafaznya Akad itu.

Tetapi dalam ramai-ramai yang memberikan ucapan ,ternyata komen Dato’ Alha Alfa yang menarik perhatian.

Apa tidaknya, kerana menginginkan gambar yang sempurna, Uqasha telah menyunting fotonya bersama Kamal Adli hinggakan lilin di kek hari lahirnya kelihatan melengkung!

Alahai Uqasha, lain kali asah bakat lagi ya. Nampak pelik pulak bila gambar tu terover edit. Heh!

 

 

 

 

Foto: Instagram Uqasha Senrose

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*