Isu operasi dan pematuhan SOP punca ‘hotel viral’ Cameron Highland tak sempat kemas bilik

Mengecewakan! Hasrat tiga anak muda untuk menenangkan fikiran di Cameron Highlands, Pahang bertukar menjadi mimpi ngerii apabila menerima layanan yang sangat buruk di hotel tempat mereka menginap.

Luahan mereka mengenai pengalaman buruk di hotel tersebut dikongsikan di laman s0sial Twitter sehingga menjadi tular sejak Ahad.

Menurut salah seorang daripada tetamu hotel itu, Zamzulhaizad Mohd Raof berkata, dia bersama adik perempuan dan rakan serumahnya bertolak di sebelah petang dari Pulau Pinang dan disebabkan kesesakan teruk untuk ke tanah tinggi, mereka terkandas selama kira-kira tiga jam dan hanya tiba di hotel tersebut pada pukul 10 malam.

Bagaimanapun setelah mendaftar masuk(checkin) mereka dimaklumkan bahawa bilik mereka belum dikemaskan lagi .

Menurut Zamzulhaizad, alasan itu tidak dapat diterima kerana waktu sebenar checkin adalah pada pukul 3 petang dan setelah hampir 7jam berlalu, mengapakah bilik tersebut masih tidak berkemas?

Ujar Zamzulhaizad lagi,

“Kami diminta untuk masuk ke bilik dulu untuk tunggu. Ya Allah, bilik tu bukan setakat katil tak kemas tapi kotor dan berbau macam rumah lama yang ditinggalkan,” katanya dan walaupun telah menunggu selama satu setengah jam, masih tiada petugas yang datang untuk mengemas bilik.

“Sepanjang menunggu, kami banyak call pihak hotel dari bilik tapi masih tiada respons sebelum kami terpaksa turun ke lobi untuk buat aduan.

“Dari mula kami datang, memang ada ramai yang berderet beratur depan kaunter resepsi. Rupa-rupanya bukan kami sahaja, ada ramai lagi tetamu lain ada masalah sama.

“Ada yang mengadu bilik tak kemas, cadar tak dapat, tuala tak sampai lagi dan macam-macam lagi. Masa tu dah 12 tengah malam, ke mana lagi kami nak pergi atau tempah hotel lain sebab dah penuh. Nak turun (dari Cameron Highlands) memang bahaya sebab gelap,” ujarnya dengan nada kesal.

Zam mend4kwa apa yang lebih dikesalkan adalah sikap lepas tangan staf hotel yang membiarkan pelanggan hotel untuk mengemas bilik sendiri sekiranya mahu disegerakan.

“Saya pun ‘psiko’ lah minta cadar. Sekali betul-betul staf tu bagi cadar dan sarung bantal tanpa cakap akan ada staff lain datang untuk bantu. Seumur hidup, tak pernah lagi check in hotel kena tukar cadar, sarung bantal sendiri.

“Layanan memang buruk, keadaan bilik pula horror. Cadar dan selimut masih tak kemas dari penginapan tetamu sebelumnya. Ada sisa makanan dan minuman atas meja. Rambut bersepah sana-sini terutama di bilik air dengan sampah masih di dalam tong. Kami terpaksa bersihkan sendiri.

“Kebetulan berdekatan dengan bilik kami ada stor housekeeping dan kami ambil cadar tambahan. Tidur atas double layer cadar masih rasa geli. Katil bekas orang tidur tu.

“Sekarang ni musim Covid-19, pihak hotel sepatutnya lebih menitikberatkan isu kebersihan,” katanya yang bekerja sendiri di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, mereka memutuskan untuk mendaftar keluar dari hotel keesokan paginya pada Sabtu untuk menyambung percutian di Ipoh, Perak.

Malangnya, bayaran caj penginapan berjumlah hampir RM1,000 untuk dua malam tidak boleh dikembalikan.

“Selain itu, alasan yang diberikan pihak hotel tentang bilik tak dapat kemas lebih awal sebab tak cukup housekeeper. Kami datang untuk bercuti, alasan housekeeper tak cukup tu bukan masalah kami.

“Dahlah pihak hotel tak minta maaf. Kami tak salahkan staf tapi pengurusan hotel. Minta nak jumpa pengurus, masing-masing macam takut-takut. Jangan nak kaut keuntungan saja, tapi tak nak bertanggungjawab.

“Ini bukan pertama kali saya datang ke Cameron Highlands, dah lebih 10 kali. Tapi selalu menginap di hotel lain tapi dah penuh sebab last minute booking. Lepas ni memang tak kan duduk lagi kat hotel horror ni,” katanya sambil menambah berharap pihak pengurusan hotel memperbaiki kualiti perkhidmatan agar kejadian seperti itu tidak berulang.

Susulan kekecohan yang berlaku, hotel yang dimaksudkan menerusi laman s0sialnya membuat permohonan maaf berhubung masalah yang dihadapi tetamu sewaktu mendaftar masuk.

Dalam satu kenyataan, antara lain yang dihadapi mereka adalah cabaran yang disebabkan isu operasi dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan selepas pembukaan semula hotel berkenaan berikutan p4ndemik Covid-19.

“Kami memahami kekecewaan anda kerana gangguan perkhidmatan kami dan ia amat dikesali. Buat mereka yang terjejas, sila membuat aduan anda melalui saluran kami yang betul, sehingga kami dapat mengambil tindakan pemulihan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen rata-rata pengunjung tidak dapat menerima alasan yang diberikan.

Hmm..korang rasa macam mana? Hotel lain pun tertakluk pada SOP jugakan..

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*