Kajian tunjukkan C0vid19 semakin mudah berjangkit

Satu kajian saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat.

Mutasi baharu itu menjadikan virus berkenaan lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangkiti, kata pasukan penyelidik dari Institut Imunologi La Jolla dan Konsortium Imunoterapi Koronavirus, California.

“Sekarang, inilah bentuk dominan yang menjangkiti pesakit,” kata jurucakap mereka, Erica Ollmann, kepada CNN.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cell, berdasarkan beberapa kajian yang sudah dibuat pada awal tahun ini.

Pasukan itu tidak hanya membuat kajian berkaitan urutan genetik, tetapi juga eksperimen yang melibatkan manusia, haiwan dan sel yang menunjukkan versi mutasi itu mudah ditemui dan lebih mudah berjangkit.

“Virus ini lebih kuat. Sekali pandang, ia tidak nampak seperti berbahaya,” kata Saphire.

Mutasi terbaharu itu mempengaruhi spike protein, struktur yang digunakan virus untuk masuk ke sel yang dijangkiti.

Walaubagaimanapun para penyelidik memaklumkan mereka tidak menemui bukti jangkitan virus itu akan menjadi lebih buruk.

Menurut Lawrence Young, seorang profesor onkologi perubatan di University of Warwick, United Kingdom, penemuan varian baru itu tidak bersifat pat0genik, maka walaupun ia mudah berjangkit, tetapi kadar kebolehrawatan pesakit masih tinggi.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*