Julia Ziegler tak mampu tolak rezeki

Pelakon Julia Ziegler, 36, mendedahkan yang dia bakal menimang cahaya mata lelaki.

Julia sebelum ini memaklumkan dia hamil anak kedua walaupun anak sulungnya, Ivana Johan baru berusia setahun tiga bulan.

Pelakon cantik kacukan Melayu, Inggeris itu berkata, dia tidak mampu menolak rezeki yang dikurniakan, biarpun belum puas membesarkan Ivana.

“Sebenarnya, saya mendapat mengandung, Oktober tahun lalu. Jujurnya, saya dan suami tak menyangka rezeki cahaya mata kedua hadir dengan cepat.

“Jadi, saya buat keputusan simpan cerita hamil dahulu. Dalam masa yang sama, saya tak puas bersama Ivana. Namun, Allah kurniakan rezeki, kami terima dengan berlapang dada.

“Akhirnya, saya berkongsi berita kehamilan anak kedua di IG. Saya hamil anak lelaki,” katanya lagi.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi filem Jangan Tegur itu bersyukur kerana proses menambah cahaya mata dipermudahkan.

“Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan zuriat. Ada datang cepat dan sebaliknya.

“Alhamdulillah, saya dan suami dipermudahkan memiliki cahaya mata, lebih lagi saya bukannya muda lagi.

“Syukur, kami masih ada rezeki menimang anak kedua,” katanya.

Julia atau nama sebenarnya, Julia Bob Fauzi Ziegler berkata, dia menempuh kepenatan berganda dalam fasa kehamiilan anak kedua.

“Mana nak jaga Ivana, jaga diri sendiri. Bagaimanapun, insya-Allah, saya kuat.

“Saya masih boleh bertahan biarpun terpaksa berkurung dalam rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

 

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*