“Ini cara saya cari pendapatan”- Farouk Hussain kini penjual daging perap

Akibat dari kurang tawaran berlakon mahupun mengacara, artis serba boleh, Farouk Hussain, 53, tidak mahu terus bersedih dengan apa yang berlaku, Farouk kini menjual produk kambing perap FH.

Menurutnya, disebabkan tidak melakukan apa-apa aktiviti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , timbul idea untuknya menceburi bidang perniagaan.

“Mulanya saya tak tahu nak buat apa juga. Dalam masa sama, saya tengok ramai artis buat perniagaan online.

“Isteri saya akhirnya buka mulut suruh saya berniaga kerana dahulunya saya pernah buka kiosk menjual produk makanan ‘western’ di Damansara Heights.

“Jadi, saya cuba buat dulu 15 paket dan hebahkan pada rakan-rakan minta tolong promosikan.

“Tak sangka daripada situ semakin dapat banyak tempahan. Ikutkan saya baru sangat buat perniagaan ini.

“Sambutannya alhamdulillah kerana hampir 200 bungkus dah terjual. Mereka suka beli set kombo daripada promosi yang dibuat,” katanya yang tidak mahu bergantung harap sepenuhnya kepada pendapatan sebagai artis.

“Kita pun tak tahu bila bidang seni akan dibuka sepenuhnya. Tawaran mengacara pun belum tahu bila boleh mula sepenuhnya.

“Inilah caranya saya cari pendapatan kerana tawaran sebelum ini banyak yang dibatalkan.

“Setakat hari ini saya baru dua kali dipanggil untuk buat suara latar iklan. Selebihnya tiada apa-apa. Inilah (bisnes kambing perap) yang tampung pendapatan saya pada masa sekarang,”jelasnya.

Walaupun ada kata-kata sindir4n melabel kan Farouk sebagai artis sendu, Farouk tidak ambil peduli dengan kata-kata tersebut.

Bagi Farouk, itu terpulang kepada persepsi masing-masing, kerana yang penting baginya ialah untuk mencari pendapatan.

“Periuk nasi kita, kita jaga. Baru dapur boleh berasap,” katanya lagi.

Farouk pernah menempa populariti sebagai pengacara program Sinaran pada era 1990-an serta popular menerusi filem Anak Mami The Movie yang diterbitkan pada 2002.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*