Kak Girl kini ‘single but not available’

Personaliti media s0sial,Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan berkongsi foto terbaru bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Osman Ali.

Menerusi laman s0sial Instagram, Kak Girl, 32, berkongsi sebuah foto bersama Osman atau lebih mesra disapa sebagai Maman untuk tatapan umum.


“Alhamdulillah, akhirnya jumpa awak selepas beberapa tahun. Rupanya awak berada di depan saya sahaja selama ini,” tulis Kak Girl sebagai kapsyen foto.

Kak Girl yang terkenal dengan parodi lipsync hindustan juga turut memuat naik video terbarunya bersama Maman.

Maman kelihatan sporting menyanyikan bait-bait lagu tersebut dengan cara tersendiri.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat Kak Girl sudah menemui pengganti dan mendoakan segala yang terbaik untuk pasangan ini melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Malah, penampilan Kak Girl yang semakin kurus dan cantik juga mendapat pujian pengikutnya. “Alhamdulillah, tahniah Kak Girl. Semoga kekal bahagia sehingga ke Jannah,” doa seorang wargamaya.

“Yeay, tak sabar nak tunggu kad undangan Kak Girl,” usik seorang wargamaya.

“Kak Girl selayaknya menerima sebuah kebahagiaan yang ada,” kata seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru dan kemudiannya bercerai pada Oktober 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Johor tanpa dikurniakan cahaya mata.

 

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*