Ini puncanya Khalid Jamlus lelong ‘Kasut Emas’

Hidup ibarat roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah.

DALAM keadaan krisis ekonomi yang sangat mencabar sekarang, sesiapa pun sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.

Bekas penyerang skuad kebangsaan Malaysia Kebangsaan,Khalid Jamlus redha apabila terpaksa ‘melepaskan’ beberapa koleksi peribadinya atas sebab masalah kewangan.

Yang paling mengejutkan Khalid Jamlus telah melelong kasut emas yang dimenanginya pada musim 2002 dengan harga RM10,500 melalui bidaan di LIVE Facebook (-Khalid Jamlus-)

Berdasarkan luahan yang dikongsikan sendiri oleh Khalid Jamlus dalam sesi bidaan itu, dia sudah 3 tahun tidak mempunyai kerja dan mungkin faktor kewangan menjadi punca utama lelongan tersebut dilakukan.

Selain kasut kemas, barangan lain yang turut dilelong semasa sesi lintas langsung Facebook tersebut adalah poster, jersi serta medal yang pernah dimenangi sepanjang kariernya telah dibuka untuk bidaan.


LUAHAN hati Khalid Jamlus ini buat ramai netizen sebak, dalam masa yang sama memahami keadaan diri Khalid.

Khalid juga meminta agar peminat nya tidak membuat andaian yang tidak sepatutnya kerana dia tidak menyusahkan sesiapapun sebaliknya terus berusaha untuk meneruskan kehidupan.

Terkini, setelah membaca penderitaan Khalid, Timbalan Menteri Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa bekas pemain antarabangsa itu untuk bertemu dengannya minggu depan.

Semoga ada sinar buat Khalid!

Sumber:Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*