Wajah terkini Sharmaine Farouk selepas 20 tahun

Siapa yang mengikuti perkembangan dunia filem sejak tahun 1990-an pasti akan mengenali sosok wanita jelita ini.

Filem lakonan beliau yang paling diingati hingga kini ialah XXRAY pada tahun 1992 dan Panggilan Pulau tahun 1994.

Kini setelah lebih 20 tahun berhenti berlakon, akhirnya pelakon Datin Sharmaine Farouk kembali ke layar televisyen.

Kemunculan pertama Sharmaine ialah dalam telefilem berjudul ‘Realiti Ramadan Mike’ yang ditayangkan di NTV7.

Dan yang terbaru,Sharmaine membintangi drama ‘Bila Cupid Jatuh Cinta’ tayangan TV3 bersama Aiman Hakim Ridza dan Oktavia Manrose.

Sekadar info, Sharmaine berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC), Datuk Razlan Razali. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak.

 

 

 

 

Sumber:IG

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*