“Doa untuk anak-anak adalah perkara pertama yang saya buat”-To’ki

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.”

Itu kenyataan yang diberikan oleh salah seorang anak To’ki iaitu Noor Hidayah
susulan komen-komen netizen yang mengatakan To’ki diabaikan anak-anaknya sehingga penyanyi itu terpaksa duduk di sebuah pondok.

Kerana itulah Nor Hidayah mendedahkan kisah peribadi kehidupan yang pernah jalani ketika To’ki di zaman kegemilangannya sebagai artis, mengingg4lkan isterinya pada ketika itu dan anak-anak.

“Ramai yang tanya mana pergi anak-anak To’ki. Kalian tak ada di tempat kami.

“Masa zaman kegemilangan dia, masa To’ki ada semua harta, aku, abang, adik-adik dengan ibu kena tinggal (ditinggalkan oleh To’ki) tanpa ada apa-apa.

“Masa itu To’ki hidup dengan isteri barunya (merujuk kepada Sharifah Fairuz Syed Yusof). Jenguk kami adik beradik pun tidak, apatah lagi memberi nafkah,” catat Nor Hidayah.

Menurut Nor Hidayah lagi menerusi catatan IGnya itu, hanya ibunya seorang yang bersusah payah berusaha untuk mereka sekeluarga meneruskan kehidupan.

Malahan, mereka sebelum ini terpaksa hidup berpindah randah kerana tidak mampu membayar sewa rumah sehingga ada ketikanya, dihalau keluar.

“Saya hadap ibu dan menangis kerana terlalu kecewa dengan apa yang kami hadapi masa itu. Susahnya hanya Allah yang tahu,” jelas Nor Hidayah.

Menurutnya lagi, To’ki sudah hilang (menghil4ngkan diri) sejak dia bersekolah rendah sehinggalah dia menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Di sepanjang tempoh itu juga tambah Nor Hidayah, semuanya ditanggung oleh ibunya sendiri.

Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Buruk macam mana pun, ayah tetap ayah kami,” ujar Noor Hidayah.

Sementara itu, di pihak To’ki , biarpun dilihat keberatan bercerita mengenai kisah peribadinya, To’ki berkata, biar apapun yang berlaku, dia tetap mengambil tahu perkembangan anak-anaknya.

“Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi. Tuduhan mend4kwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar.

“Mereka hidup selesa dengan bekas isteri. Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar,” katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

To’ki juga berbangga semua permata hatinya berjaya dalam hidup.

To’ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Menurut To’ki, walaupun anak-anak jauh dari pandangan matanya, namun doa buat mereka tidak pernah putus.

“Apabila sudah berkahwin, pertama sekali adalah doa untuk ibu bapa. Sebagai seorang bapa doa untuk anak-anak adalah perkara pertama yang saya buat, kemudian isteri, adik-beradik, saudara-mara dan kenalan.

“Tiada seorang bapa pun tidak mendoakan anak-anaknya. Setiap hari saya akan memanjatkan doa untuk mereka,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Suaramerdeka,HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*