Uncle Kentang kongsi keajaiban bersedekah, walaupun cuma RM60!

Siapa yang tak kenal Uncle Kentang? Pemilik nama sebenar Kuan Chee Heng ini seorang aktivis s0sial yang terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.

Antara usaha yang dilakukan ialah menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Terbaru, Uncle Kentang berkongsi di laman Facebook miliknya betapa dia terkejut dengan balasan yang diterima olehnya hanya dengan bersedekah sebanyak RM60.

Berikut ialah catatannya:

Aku terkejut. Talipon berdering banyak kali aku tak sempat layan. Dalam phone Covid Bagan Serai. I letak nombor itu sebagai penerima bantuan Covid. Beliau hanya mohon makanan sikit untuk musim Covid.

Aku pun lepaskan RM 60 untuk beliau kerana masa itu ramai yang mohon. Hari ini 2/7/2020 aku di datangi satu panggilan talipon. Aku nak derma 500 kilo ikan pelbagai jenis segar kepada hang kata beliau. Terkejut aku. Kamu ni siapa? Jawab beliau. Aku orang yang pernah hang bantu semasa aku kelaparan. Terima kasih kerana bantu aku pada musim Covid.

Ya Tuhan… sedekah tak akan memiskinkan kamu… pasal aku lepaskan bantuan RM 60 kepada beliau, kini beliau nak derma ikan 500 kilo kepada saya setiap bulan sekiranya tangkapan ikan mencukupi. Dia pulak suruh aku agih kepada orang susah.

INI LAH KUASA SEDEKAH…. terima kasih semua..

Hebatkan ? Bagi RM60, dapat 500kg ikan. Berganda-ganda tu!

Moral dari kisah Uncle Kentang ini ialah bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya.

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

Sumber:FB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*