Najwa Latif dan Akwa serasi bersama

Penyanyi Najwa Latif mula menceburi bidang seni pada tahun 2011 melalui lagu Cinta Muka Buku sekaligus menaikkan namanya ketika itu.

Hampir 10 tahun menjadi anak seni, boleh dikatakan Najwa Latif bersih dari gosip percintaan.

Bagaimanapun baru-baru ini nama penyanyi ini mula dikaitkan dengan komposer dan penyanyi rap,Akwa Arifin.

Ramai peminat menyukai gandingan penyanyi Najwa Latif dan Akwa dalam muzik video lagu mereka yang berjudul Tak Kisah Pun.

Lagu ini mengisahkan seorang kekasih yang menerima pasangan seadanya.

Ujar Najwa,
Pada awalnya, saya merancang mengeluarkan single baharu pada Januari lalu, tetapi disebabkan PKP, rancangan terpaksa ditunda.

Tanpa dirancang, sekitar Mac lalu, saya mendapat idea menghasilkan lagu Tak Kisah Pun.

“Perjalanan dan pembikinan lagu ini sangat santai, semuanya dihasilkan dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah muat naik di YouTube. Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya.

“Pasal berkolaborasi dengan Akwa, sejujurnya saya sangat meminati karya-karya Akwa di Youtube. Bila peminat suka gandingan kami, alhamdulillah,”.

Ketika diusik hubungannya dengan Akwa, Najwa menjelaskan dia menghormati Akwa yang merupakan penyanyi rap berbakat besar.

Lagu Tak Kisah Pun dihasilkan oleh Najwa dan adik beradik yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee, manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Akwa.

Ini merupakan produk sulung dari syarikat rakaman Najwa sendiri iaitu NL Entertainment.

Kali terakhir Najwa mengeluarkan single adalah sekitar Ogos tahun lalu iaitu Kau Lupa Itu Aku.

Sebelum ini, Najwa pernah menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 26 melalui lagu Cinta Muka Buku.

Kini, Najwa sibuk dengan kerjayanya sebagai pensyarah subjek Bahasa Inggeris di UNITAR International University, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Najwa agak mendiamkan diri dari dunia seni kerana sibuk dengan pengajiannya, sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM), Oktober lalu.

 

 

 

 

Sumber: Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*