Tiada pengawalan ketat, Surabaya diisytihar ‘kawasan hitam’

Jika di Malaysia terdapat tiga penanda aras kawasan yang dijangkiti Covid-19 iaitu, hijau untuk bebas kes Covid-19, kuning kawasan berjaga-jaga dan ketiga merah iaitu kawasan b4haya dengan kadar rekod tertinggi melebihi 50 kes.

Tetapi lain halnya dengan negara jiran Indonesia apabila mereka mempunyai satu lagi penanda aras iaitu kawasan hitam.

‘Kawasan hitam’ dikelaskan untuk menunjukkan betapa teruknya penvlaran w4bak Covid-19 di kawasan berkenaan yang lebih berb4haya berbanding ‘kawasan merah’.

Inilah nasib yang menimpa bandar raya Surabaya di Jawa Timur yang kini sudah dikategorikan sebagai ‘kawasan hitam’ Covid-19.

Sehingga 2 Jun 2020, Surabaya mencatatkan 2,748 kes Covid-19 dengan 253 kes kem4tian, menjadikan ia ‘pusat penvlaran’ Covid-19 di Jawa Timur kerana angka jangkitan dan jumlah kem4tian yang tinggi.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Unit Kerja Covid-19, Dr. Joni Wahyuhadi, selain Surabaya sebagai ‘kawasan hitam’, sejumlah 37 lagi kawasan di Jawa Timur kini telah dikategorikan sebagai ‘kawasan merah’.

Antaranya Sidoarjo dengan 683 kes dan 59 kem4tian serta Gresik dengan 183 kes dan 20 kem4tian.

Untuk rekod, Surabaya ialah ibu negeri Jawa Timur dan bandar raya kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta.

Menurut laporan BBC Indonesia, kelemahan penguatkuasaan Pembatasan S0sial Berskala Besar (PSBB) merupakan antara faktor penvlaran serius COV1D-19 di sana.

Surabaya dilaporkan melaksanakan PSBB bermula 28 April dan dilanjutkan sebanyak dua kali.

Walaubagaimanapun, ahli epidemiologi dari Universitas Airlangga, Windhu Purnomo berkata PSBB yang dilaksankan tidak mencapai matlamat dan Surabaya masih belum aman.

“Penyebabnya kenapa masih belum aman ialah sikap masyarakat kerana pemerintah tidak melakukan pengawalan ketat. Tidak ada saringan di jalanan di Surabaya, hanya di checkpoint-checkpoint di bandar,” katanya. “Ya sudahlah, sekarang ini seperti tiada PSBB,” katanya.

Pemerhatian wartawan BBC juga mendapati trafik sibuk di beberapa jalan utama di Surabaya. Malah, kegiatan ekonomi penduduk tempatan masih dilihat berlaku seperti biasa dengan hanya sebahagian premis ditutup manakala sebahagian lain masih dibuka seperti biasa.

Sumber: kitareporters

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*