Kluster pasar borong: China keluar arahan perintah berkurung

Kembali berkurung!

Sejak penvlaran COVID-19 di China akhir tahun lalu, republik itu berjaya mencatatkan penurunan kes dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun pihak berkuasa kesihatan negara itu tetap memandang serius hal tersebut untuk mengelakkan terjadinya gelombang kedua.

Sehubungan itu,China kembali mengenakan arahan perintah berkurung di daerah Anxin dalam wilayah Hebei selepas 18 kes baharu COVID-19 dikesan sejak penvlaran kluster pasar borong di Beijing dilaporkann beberapa minggu lalu.

Untuk rekod, Anxin terletak kira-kira 150 kilometer dari selatan Beijing.

Pihak berkuasa China mengumumkan daerah itu akan ditutup dan dikawal sepenuhnya bermula Ahad bagi membendung gelombang kedua kes positif COVID-19.

Ia dijangka menjej4skan kehidupan lebih 400,000 penduduk yang tinggal bersempadan dengan Beijing.

Penguatkuasaan tersebut adalah sama seperti yang dilakukan di Wuhan sebelum ini, bandar yang didakwa tercetusnya penularan p4ndemik membunvh itu.

Dengan perintah terbaharu ini, ia bermakna hanya pekerja bagi beberapa sektor utama yang dibenarkan keluar rumah dan hanya ketua rumah dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan.

Sumber:Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*