Satu virus baru dikesan di Pontian

JOHOR BAHRU – Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Johor menerima laporan satu kes virvs Japanese Encephalitis (JE) melibatkan seorang lelaki Bangladesh di daerah itu pada 24 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu berkata, warga Bangladesh itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 21 Mei lalu kerana mengalami demam dan tanda-tanda r4dang otak.

Menurutnya pesakit itu kemudian dirawat sebagai kes ‘mening3al enc3phalitis’ dan seterusnya dibenarkan pulang dalam keadaan sihat pada 3 Jun lalu.

Bagaimanapun laporan makmal yang diterima daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan kemudiannya mengesahkan yang dia menghidap penyakit JE.

“Ekoran itu, PKD Pontian telah membuat siasatan kes di lapangan. Pesakit bekerja di sebuah kilang membuat bahan binaan di Ulu Choh, Pontian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, aktiviti pengesanan kes aktif di tempat tinggal dan lokasi kerja pesakit itu termasuk pencarian kes di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta berdekatan dijalankan.

“Seramai 390 orang disaring untuk gejala penyakit JE iaitu demam, sakit kepala, kek3jangan leher, lemah otot atau sawan.

“Bagaimanapun, hasil saringan itu tidak mengesan kes baharu dan sehubungan itu, kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian sp0radik,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk terus mencari punca JE di sekitar kawasan itu.

“Bagi mengurangkan risiko jangkitan, masyarakat di kawasan ini dinasihatkan mengelak aktiviti di luar rumah pada waktu malam, menggunakan ‘repelen’ dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika berada di luar rumah untuk mencegah gigitan nyamuk.

Dr Aman juga menasihatkan orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami demam dan r4dang otak.

Sumber:Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*