Kanak-kanak 4tahun jalan sejauh 8kilometer cari bantuan untuk nenek yang ‘sakit’

Kanak-kanak yang berani! Seorang budak perempuan di pedalaman Rusia sanggup berjalan kaki sejauh lapan kilometer demi mendapatkan bantuan perubatan untuk neneknya.

Lebih mengharukan apabila kanak-kanak perempuan bernama Saglana itu baru berusia empat tahun.

Independent.co.uk melaporkan kanak-kanak itu terpaksa berbuat demikian apabila mendapati neneknya tidak sedarkan diri.

Oleh kerana datuknya sudah buta, dan ibu serta bapa tirinya mengembala binatang ternakan di tempat lain,Saglana tidak mempunyai pilihan selain berjalan kaki dalam keadaan suhu di paras bawah beku untuk ke kampung berdekatan.

Sepanjang perjalanan, Saglana mengharungi salji tebal di kawasan yang dikelilingi serigala dan beruang.

Akibat suhu sejuk melampau iaitu -26 darjah Celsius, dia menghadapi hipotermia, sebelum ditemui oleh penduduk kampung.

Mereka kemudian menghubungi kakitangan perubatan yang kemudian mengesahkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.

Saglana dan pasukan berkenaan kemudian kembali ke rumahnya.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila pasukan kesihatan mendapati nenek Saglana sebenarnya sudah meningga4l dunia.

Susulan kejadian, pihak berkuasa menyiasat ibu kanak-kanak itu atas kesalahan melakukan peng4baian.

 

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*