Tak sangka kelakuan pelik suami kumpul stok durian bawa petanda

“CUKUPLAH durian ini untuk bekalan setahun,” itu antara kata-kata terakihir suami yang menyentuh perasaan Noor Zaliza Zahari, 38, apabila dia mengenang tindakan arw4h suaminya yang gigih mengumpul stok durian untuk ditinggalkan kepada dua anak mereka sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 15 Jun lalu.

Raja Asmadi Raja Shaharudin, 43, meningg4l dunia secara mengejut pada waktu Subuh akibat serangan jantung.

“Arw4h beria-ria mahu balik kampung untuk mencari durian di kebun neneknya di Perak. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hasratnya tertangguh.

“Jadi, arwah membeli durian untuk dikumpulkan isinya ke dalam bekas dan dibekukan. Namun dia seperti tidak puas hati apabila jumlahnya sedikit,” kata Noor Zaliza.

Noor Zaliza pada mulanya pelik dengan tindakan suaminya itu namun dia tidak membantah. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), arw4h Raja Asmadi terus mengajak mereka sekeluarga balik kampung.

Di sana dia mengutip durian yang menjadi kegemaran dua anaknya iaitu Raja Muaz Iqbal, 7, dan Raja Uwais Alfateh, 3.

“Arw4h menjamah seulas dua sahaja durian, selebihnya mahu disimpan untuk anak. Malah, dia juga tidak benarkan saya bawa pulang ke kampung di Kelantan,” kata Noor Zaliza.

“Arw4h turut membeli dua basikal untuk anak padahal waktu itu simpanannya menyusut. Saya menghalang, tetapi arw4h tetap berkeras,” kata Noor Zaliza.

Lebih mengharukan apabila Raja Asmadi yang bekerja sebagai kerani kewangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor sempat menjelaskan semua yuran persekolahan anak serta bayaran pengasuh sebulan lebih awal termasuk sepanjang tempoh PKP.

“Dia seperti tahu akan pergi. Selepas meningg4l dunia, basikal itu menjadi pengubat rindu setiap kali anak menangis teringatkan ayah,” kata Noor Zaliza.

Noor Zaliza yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jaya Setia di Bestari Jaya memberitahu, sebelum ini arwh suami lebih banyak meluangkan masa memenuhi rutin jadual imunisasi anak di klinik.

“Semua jururawat kenal arwah kerana lebih kerap ke klinik berbanding saya serta tidak kekok mengurus anak,” kata Noor Zaliza.

Baru-baru ini dia berpesan, katanya selepas ini saya yang perlu ambil alih tugasnya dan perlu lebih banyak mengurus anak. Ketika itu saya hairan dan hari ini baru saya faham apa yang tersirat di sebalik pesanan suami,” katanya.

Sepanjang tempoh PKP juga, arw4h yang mengajar dan memantau bacaan dan hafazan al-Quran anak sulung yang belajar di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Amilin sehingga tamat silibus.

“Disebabkan ketegasan arwah, Raja Muaz mendapat hadiah kerana hafazannya tamat lebih awal sebelum akhir tahun.

“Sempena Hari Bapa, arwah memberi kesan amat mendalam terhadap anak. Dia melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah dengan sempurna. Walaupun pemergiannya mengejut, apa yang ditinggalkan membuatkan kami merinduinya. Dia tidak mewariskan banyak harta, tetapi meninggalkan kenangan sangat indah,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*