Kagum dengar bacaan doa oleh lagenda rock negara, Dato’ Nash

Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash Lefhanded adalah seorang penyanyi rock yang popular di Malaysia.

Antara lagu nyanyian beliau yang masih malar segar ialah seperti ‘Pada Syurga diwajahmu’, ‘Zahir tak terucap’, ‘Tiada lagi kidungmu’ dan banyak lagi.

Kini Dato’ Nash lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan jarang muncul di televisyen.

Walaupun dikenali sebagai seorang penyanyi rock, siapa sangka Dato Nash boleh membaca doa dengan sempurna dan elok bacaannya.

Perkara itu dizahirkan oleh seorang pengguna Facebook,Ibnu Mustafa yang sempat merakam doa yang dibaca oleh lagenda rock negara ini.

Tulis Ibu Mustafa,

Salam, saya secara peribadi sangat tertarik dgn makhraj dan sebutan huruf semasa doa selepas kami solat berjemaah Asar dgn diimamkan oleh Dato Nash Lefthanded atau Nashruddin Hj Elias.

Saya sengaja rakam (secara tak tahu/perasan oleh beliau) semalam kerana saya ada sesuatu yg saya ingin belajar drpd beliau drpd sudut bacaan ayat suci dan difahamkan beliau adalah antara juara tilawah Al Quran di Johor (di Johor banyak sekolah agama petang yg di ilhamkan oleh KDYMM Almarhum Sultan Johor yg terdahulu).

Moga Abg Nash terus istiqamah dan kita doakan beliau satu hari nanti dpt bersama seperti Abg Os dan abang2 artis lain yg insya allah dikurniakan Husnul Khatimah sepertimana kita juga.

Amiin Ya Rabb dan mari lah kita doakan kita sendiri serta sahabat2 artis2 kita yg telah menigg4l dunia spt anggota Lefthanded dan Search (boleh google ya Man Dayak & Yazit dll), Hani Mohsin, Peguam Sudirman dll diberi keampunan oleh nya. Amiin Ya Rabb.

Perkongsian saudara Ibnu Mustafa ini ternyata mendapat respon positif dari wargamaya.

 

Alhamdulillah..sejuk baca komen-komen netizen.

 

 

Kredit:Ibnu Mustafa via Islamik Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*