Foto sekitar majlis pernikahan Joe Flizzow dan Marini Ramlan

Selepas dua bulan ditunda, penyanyi rap Joe Flizzow selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi oleh adik kepada Marini, Didi Ramlan menerusi laman Instagram.

Vibes perkahwinan Covid. Saya sudah menganggap dia sebagai abang saya sebelum ini tapi apa-apa pun selamat datang sebagai ahli keluarga kami Joe Flizzow!.

 

“Nini… anda adalah pengantin paling cantik saya pernah lihat. Semoga anda berdua dirahmati dengan penuh rasa cinta. Saya sayang anda berdua!,” tulisnya.

Didi turut berkongsi foto pasangan pengantin yang cantik dan segak mengenakan busana tradisional.

Joe dan Nini mengikat tali pertunangan pada 28 Disember 2019 dan menurut ibu kepada Joe iaitu Aishah Ali majlis perkahwinan anaknya itu sepatutnya berlangsung pada April lalu.

Apapun, tahniah Joe! Berikut dikongsi momen menarik sekitar  majlis pernikahan Joe dan Nini. Selamat pengantin baru!

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:IG.mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*