Bayi 40 hari temui ajal selepas dipeluk jiran

Malang  tidak berbau

Seorang bayi yang baru berusia 40 hari meningg4l dunia selepas dijangkiti Covid-19.

Difahamkan bayi malang itu menerima jangkitan virvs tersebut  selepas dipeluk oleh jiran-jiran yang datang melawat bagi mengucapkan tahniah .

Terdahulu, bayi tersebut dibawa ke H0spital Umum Smart Pamekasan di wilayah Jawa Timur di Indonesia, sebelum disahkan positif Covid-19.

Selepas dua minggu menjalani rawatan, bayi tersebut akhirnya meningg4l dunia.

Bagaimanapun ,mengikut laporan, ibu bapa bayi itu juga menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

Ketua pasukan petugas Covid-19 tempatan, Syaiful Hidayat berkata, pengesanan kontak mendapati bayi itu mendapat jangkitan daripada jiran-jirannya yang datang melawat selepas baru dilahirkan.

Syaiful memberitahu, kebanyakan jiran memangku dan memeluk bayi baru lahir itu semasa kunjungan ke rumah.

Bayi itu kemudian mula menunjukkan gejala virvs seperti batuk, demam dan mengalami masalah pernafasan.

Menurut Hidayat, mereka mendapati penduduk setempat di daerah Tlanakan di kawasan bayi itu tinggal, mempunyai gejala termasuk disahkan positif Covid-19, tetapi tidak menjalani kuarantin sendiri.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*