Ini antara selebriti Hollywood yang mempunyai pasangan kembar

Baru-baru ini angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengumumkan  isteri nya,Dr Halina sedang hamil kembar untuk kali kedua.

Sebenarnya,purata bayi kembar terjadi secara semula jadi adalah sekali dalam lapan puluh sembilan kelahiran. Majoriti kembar yang dilahirkan adalah kembar tak seiras yang disenyawakan oleh dua telur berbeza.

Ada kembar fraternal yang nampak seakan serupa; ada juga yang berkongsi sedikit ciri-ciri fizikal dan ada juga yang tidak nampak serupa langsung.

Contohnya seperti pasangan kembar Hollywood yang terkenal, Mary Kate dan Asley Olsen.

Mula berlakon sejak kecil dalam drama bersiri Full House, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka berdua melakonkan watak yang sama dalam drama tersebut walaupun hakikatnya mereka ialah pasangan kembar tidak seiras!

Selain Mary Kate – Ashley Olsen, terdapat ramai lagi bintang Hollywood yang mempunyai kembar, lets check it out!

1. Scarlett and Hunter Johansson

Scarlett  Johansson merupakan aktres Hollywood yang mendapat bayaran tertinggi sejak tahun 2018.

Mempunyai seorang kembar lelaki, Hunter Johansson, Hunter lebih berminat dengan kerja -kerja kebajikan dari muncul di layar perak.

 

2. Vin Diesel and Paul Vincent

Ramai yang tidak mengetahui  Vin Diesel (atau nama sebenarnya Mark Sinclair Vincent) mempunyai seorang saudara kembar.

Paul Vincent bagaimanapun memilih untuk kerja di belakang tabir sebagai ‘ sounds editor’.

 

3. Ashton and Michael Kutcher

Aktor kacak Ashton Kutcher mempunyai seorang kembar yang bernama  Michael. Bagaimanapun Michael mempunyai peny4kit ‘cerebral palsy’ sejak kecil. dan juga pernah mbuat pembed4han jantung ketika berusia 13 tahun.

“Abang saya dilahirkan dengan cerebral palsy dan ia mengajar saya bahawa mencintai orang bukan pilihan dan kita sebenarnya tidak diciptakan sama, “jelas pelakon itu.

“Kita semua diciptakan sangat tidak sama antara satu sama lain, dalam kemampuan kita dan apa yang dapat kita lakukan dan bagaimana kita berfikir dan apa yang kita lihat. Tetapi kita semua mempunyai kemampuan yang sama untuk saling mencintai.”

Ungkapan yang sangat ikhlas, Ashton!

4. Linda and Leslie Hamilton

Ingat tak lagi Sarah Connor lakonan Linda Hamilton dalam filem Terminat0r 2?

Sebenarnya kembar Linda,iaitu Leslie Hamilton juga berlakon dalam filem yang sama.

Wow! Seiras betul ni, sampai kita tak nampak pun mereka berdua berlakon sama!

 

5. Will and Rupert Young

Will Young  ialah pemenang Pop Idol 2001, salah satu rancangan televisyen yang popular di UK.

Tetapi anda mungkin tidak tahu bahawa dia juga mempunyai saudara kembar bernama Rupert.

Bagaimanapun, Rupert Young jarang muncul di media massa untuk tidak membuatkan peminat kembarnya keliru. Baik hati betul!

6. Rami and Sami Malek

Nama Rami Malek semakin bersinar selepas dia memenangi anugerah untuk Pelakon Terbaik di Anugerah Akademi ke 91,membawakan watak sebagai Freddie Mercury dalam filem Bohemian Rhapsody.

Sementara itu, kembar Rami iaitu Sami memilih untuk bekerja sebagai seorang guru di Los Angeles. Sami dan Rami. Menarik!

 

Nampaknya tak ramai juga selebriti Hollywood yang mahu muncul sekali di layar perak bersama kembar mereka dan lebih selesa untuk hidup sederhana saja.

Tapi bagus juga kan? Kalau tak mesti peminat pun keliru yang mana satu artis pujaan mereka.Paparazi pun susah nak buat kerja.Hehe..

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: BBC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*