Satu laporan polis dibuat terhadap Ogy Ahmad Daud

Sudah hilang sabar! Penulis skrip teater komedi seram Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, kelmarin terhadap penerbit teater itu yang juga pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud,

Ia berikutan kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network milik Fauziah melunaskan baki bayaran teater yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu itu.

Seperti yang dilaporkan didalam Harian Metro,Aloy terpaksa mengambil tindakan tersebut apabila  Fauziah  sudah berkali-kali mungkir janji untuk membayar sepenuhnya baki gaji yang dijanjikan terhadap Aloy.

Laporan polis itu juga sebagai peringatan supaya Ogy jangan terlalu selesa.

“Dia bukan sahaja tidak bertanggungjawab kerana masih belum menjelaskan sepenuhnya baki gaji saya dan individu-individu yang lain, malah lebih tidak bertanggungjawab kerana berani menerbitkan teater tanpa kewangan yang kukuh,” katanya.

Aloy yang menyifatkan dirinya sebagai magsa keadaan khuatir jika dia mengambil sikap berdiam diri, perkara seperti ini berulang lagi di masa akan datang.

“Jika berulang lagi, tak mustahil kawan-kawan saya yang lain pula akan menjadi mangsa kerana industri hiburan di Malaysia terlalu kecil. Jika mengikut perjanjian, baki gaji saya harus dibayar selesai sepenuhnya dua minggu selepas persembahan tamat pada 1 Mac lalu.

“Saya sedih dan kecewa kerana untuk menuntut gaji hasil saya berkerja, terpaksa mencipta permvsuhan. Sedangkan dalam hidup ini, saya sebenarnya hanya mahu membuat kerja-kerja seni dengan seronok dan hidup bahagia,” katanya.

Pada 1 Mei lalu, pelakon teater, Che Mat membuat laporan terhadap Fauziah Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn, Cheras atas sebab yang sama.

Bagaimanapun, difahamkan Ogy sudah menyelesaikan baki bayaran Che Mat dan beberapa pelakon lain serta kru.

Teater arahan Khir Rahman itu dibintangi Che Mat Rajalawak, Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

 

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*