Minat pada dunia automotif dorong Zizan jadi pemilik pusat servis GGS Eurotech Sdn Bhd

Hidup ada pasang surutnya. Disebabkan itulah wujudnya pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Bagi pelakon, penyanyi dan pelawak terkenal, Zizan Razak,dia menyediakan ‘payung’ untuk dirinya dengan menceburi bidang perniagaan, iaitu memiliki sebuah bengkel kerana minatnya dalam bidang automotif sejak lama dulu.

Perkara itu dijelaskan oleh Zizan dalam video di Instagramnya, antara sebab dia membeli bengkel yang bernama GGS Eurotech Sdn. Bhd.

“Sebenarnya Zizan memang minat dalam dunia permotoran, automotif, kereta dan motosikal. Kali ini Zizan buat pengakuan yang Zizan dah beli syarikat GGS Eurotech Sdn. Bhd. ni,” katanya.

Menurut Facebook rasmi syarikat tersebut, bengkel ini menyediakan perkhidmatan seperti:

  • Perkhidmatan penyelenggaraan
  • Pemeriksaan lengkap keadaan kenderaan
  • Diagnosis berkomputer
  • Servis baik pulih komponen kenderaan (ekzos, suspensi, transmisi dan sebagainya)
  • Aksesori hiburan dalam kereta
  • Aksesori kit badan
  • Filem penebat haba
  • Perkhidmatan perincian dalaman dan luaran kereta

Selain itu GGS Eurotech Sdn Bhd  juga menawarkan khidmat bantuan kecemasan seperti tunda 24 jam dan pengurusan dan pembaikan kema4langan. Pembaharuan insurans dan cukai jalan juga boleh dibuat di sini.

Beroperasi di Petaling Jaya,pusat servis ini menyediakan pelbagai perkhidmatan, sesuai dengan keperluan semua pemilik kenderaan.

Pusat servis ini turut dilengkapi dengan 34 ruang kerja, 13 ruang pembaikan badan dan cat, 1 ruang pemeriksaan dan 20 unit two-post dan scissors hoist.

Untuk motosikal berkuasa tinggi pula, pusat servis ini menyediakan pelbagai perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih.mengikut sokongan teknikal dan spesifikasi pemilik.

 

Semoga Zizan Razak berjaya dalam dunia baru ini terus sukses di masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:motoqar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*