Belum ada bukti sumber makanan di pasar punca Covid19-DG Hisham

TIADA butki wujud jngkitan Covid-19 bermula daripada makanan.

Itu ulasan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanyakan terdapat d4kwaan lebih 100 kes baharu di Beijing, China yang dikaitkan dengan makanan laut dan daging dari sebuah pasar.

Malahan Dr Noor Hisham memberitahu siasatan awal mendapati kes tersebut berlaku atas faktor kebersihan.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar pun telah keluarkan kenyataan. Kita lihat sekarang kes di Beijing.

“Adakah berkaitan makanan, haiwan atau kebersihan? Namun tindakan susulan telah dijalankan untuk membuat pemeriksaan dan mendapati tiada bukti ada jangkitan daripada haiwan.

“Mungkin ada kaitan dengan kebersihan. Jadi kena ambil langkah pencegahan dan kebersihan sewaktu berniaga di pasar,” ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata demikian menerusi sidang media Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Namun katanya, kajian tetap dijalankan bagi mencari kebenaran berhubung jangkitan makanan daripada haiwan.

Dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai agar terus berusaha dalam mengekang penularan w4bak Covid-19 di Malaysia.

“Pastikan kita jaga kita, jaga keluarga kita, jaga masyarakat kita, jaga negara kita dan sama-sama kita boleh menang.

Sebelum ini Dr Noor Hisham turut mengakui kes jangkitan di beberapa pasar basah menimbulkan kebimb4ngan sehingga wujudnya keraguan orang ramai ke atas tahap keselamatan barangan yang dibeli.

Namun katanya, sehingga kini tiada sebarang jangkitan melibatkan makanan dilaporkan di negara ini.

Malah, sampel daging ayam yang diambil dari kilang pemprosesan di Pedas, Negeri Sembilan yang mana beberapa pekerja dijangkiti Covid-19 juga didapati negatif virvs itu sekaligus menepis d4kwaan wujud jangkitan dari makanan.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*