Tertipu hampir RM 1juta beli ‘batu meteor’

Seorang lelaki dari Vietnam kerugian hampir RM1 juta apabila terpedaya membeli sebiji batu yang disangka nya batu meteor.

Sehubungan itu, Truong Van Son, 49 dan isterinya Dang Thi Nga, 45 telah ditahan pihak berkuasa atas kesalahan menipv kerana menjual batu angkasa, tetapi sebenarnya hanyalah tanah liat yang dicat.

Pasangan berkenaan didkwa mengecat tanah liat berkenaan dengan warna hitam sebelum menjual kepada orang ramai dengan menyatakan ia adalah batu meteor daripada angkasa.

Malah ketika batu itu diserahkan kepada pembeli, satu upacara khas perlu diadakan supaya ‘kuasa’ batu itu dapat diberikan kepada pemilik barunya.

Bagi menyakinkan pembeli, ‘batu meteor’ itu juga diletakkan dalam air dan ia terapung, kononnya disebabkan kuasa yang ada pada batu terbabit.

Batu berkenaan akhirnya dijual pada harga VND5.2 juta , iaitu kira-kira RM955,790 dalam sebuah bekas khas kepada seorang lelaki yang berasal dari Saigon, Vietnam.

Lelaki berkenaan melaporkan kepada pihak berkuasa selepas sedar merasakan tertipv dengan batu yang dijual pasangan berkenaan.

 

 

 

 

 

Sumber: VN Express via Era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*