Nadzmi jelaskan mengapa nama Arwa Malaikha Urwa dipilih untuk puteri sulungnya

Genap tujuh hari menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya mendedahkan jantina dan nama bayi mereka.

Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 28, memaklumkan bahawa bayi perempuannya diberi nama Arwa Malaikha Urwa.

Isteri Nadzmi iaitu Ardell melahirkan cahaya mata perempuannya itu pada 5 Jun lalu selepas bertarung kesakitan selama 16 jam sebelum selamat bersalin secara normal.

Dalam pada itu, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 30, turut berkongsi foto wajah anak sulungnya itu di Instagram.

“Assalamualaikum nama saya Arwa Malaikha Urwa Nadzmi Adhwa. Lahir pada pukul 2.22.22 pagi Jumaat 5 Jun 2020,” tulis Ardell.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan memuji kecomelan bayi pasangan itu yang memiliki kulit putih gebu.

Di samping itu,terdapat juga yang bertanya mengenai makna nama Arwa Malaikha Urwa dan ini yang dibalas oleh Nadzmi,

Fuh! Hebat betul maknanya.

Ardell dan Nadzmi bernikah dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*