Isytihar bebas C0vid-19 jika tiada kes 28 hari berturut-DG Hisham

PUTRAJAYA – Malaysia boleh diumum sebagai bebas daripada C0vid-19 sekiranya tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah penanda aras yang diguna pakai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kalau kita lihat, kita dapat menamatkan satu klvster dengan memakan masa 28 hari.

“Justeru, sekiranya kita menggunakan kaedah pemantauan sama dan tiada kes dalam tempoh 28 hari, kita akan mengumumkan bebas Cvid-19. Itulah penanda aras kita,” katanya pada sidang media harian Covid-19 hari ini.(semalam)

Menurut Noor Hisham lagi, tempoh berkenan adalah bersamaan dua kitaran inkubasi virvs itu.

Ujarnya, ketika pemerhatian dan pemantauan terhadap satu-satu kluster dibuat, tempoh sama diguna pakai setelah tiada lagi kes direkodkan.

Sementara itu, menurut Noor Hisham, individu yang disahkan negatif dan diarah menjalani kuarantin di rumah sebaik saja pulang dari luar negara tetap perlu menjalani ujian saringan ulangan pada hari ke-13.

Malah katanya, tahap kesihatan individu terbabit juga akan dipantau sepanjang tempoh kuarantin itu.

“Jika sudah kuarantin di rumah, mereka tetap perlu menjalani ujian calitan kedua. Sekiranya ujian calitan kedua pada hari ke-13 adalah negatif, barulah kita bebaskan.

“Kaedah pemantauan sama juga digunakan. Kita menggunakan MySejahtera dan mungkin akan turut melawat serta memastikan mereka duduk di rumah,” ujarnya.

Beliau berkata, 11 kes import baharu yang dilaporkan membabitkan pelajar pulang dari Mesir dan dikesan sebaik sahaja saringan kedua dilakukan ketika mereka masih berada di pusat kuarantin di Melaka.

Sumber: MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*