Fitri Haris setengah tahun tak dapat jumpa anak

Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, penyanyi nasyid, Fitri Haris telah meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat bertemu anak perempuannya untuk tempoh hampir setengah tahun selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksana sehingga Ogos depan.

Ini kerana menurut Fitri, anak perempuannya itu kini menetap di Singapura bersama bekas isteri.

“PKPP sehingga 31 Ogos 2020. Alhamdulillah ramai yang menyambut dengan penuh rasa gembira. Syukur Alhamdulillah. Tapi.. tidak sepenuhnya buat diriku. Tidak dapat melepasi sempadan bermakana 18 Mac- 31 Ogos, hampir setengah tahun aku tidak akan dapat bersua muka dengan anakku yang dikasihi di Singapura,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Begitupun, kata Fitri, situasi yang perlu dilalui kini menjadikan dirinya seorang yang lebih menghargai akan sesuatu perkara: “Hanya doa dapatku kirimkan dan teknologi penghubung rasa rindu. Banyak yang dapatku pelajari terutama erti menghargai dan bersyukur selagi ada.

Moga Allah memberi keringanan terhadap ujian ini. Semoga kita semua dijauhkan daripada segala bala b3ncana amin. Sofea.. abi rindu,” tulis Fitri lagi .

Pada Mac lalu, Fitri pernah meluahkan rasa gusar apabila terpaksa melepaskan anak perempuannya menaiki kapal terbang seorang diri buat pertama kali.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini dikurniakan seorang anak Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura.

Bagaimanapun, juara program realiti Gema G3gar Vaganza musim kedua itu kini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya sendiri, Fazilah Omar pada tahun lalu.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*