Pengorbanan Sugu demi Pavithra

Dunia di hujung jari telah memudahkan pengguna mencari hiburan mengikut kesesuaian diri dan juga kehendak.

Antara yang sering menjadi tumpuan adalah media s0sial seperti Facebook, Twitter, Instagram,YouTube dan banyak lagi. Dan yang lebih menarik, platform-platfrom ini sebenarnya mampu untuk menjana pendapatan.

Platform yang paling digemari  untuk menghasilkan duit ialah YouTube. Dapat dilihat kini semakin ramai anak muda menanam minat untuk berkecimpung sebagai penghasil konten atau lebih dikenali sebagai YouTuber.

Sugu dan Pavithra adalah diantara Youtuber yang semakin dikenali di Malaysia .Pasangan suami isteri ini pada mulanya tidak menjangkakan nasib mereka bakal berubah hanya dengan memuat naik video perkongsian masakan.

Siapa tahu akhirnya nama mereka berdua semakin disebut-sebut oleh masyarakat Malaysia termasuklah Perdana Menteri sendiri. Se mereka juga diangkat sebagai duta perpaduan dan juga ikon masyarakat.

 

Biar pun begitu, Sugu dan Pavithra bersikap rendah diri dan tidak menganggap mereka layak untuk menerima anugerah sedemikian. Jelas mereka, kehidupan mereka masih belum sempurna dan banyak perkara lagi yang perlu dipelajari.

Berikutan semakin menjadi perhatian, ramai netizen mula mengkaji jumlah pendapatan yang diraih oleh YouTuber masakan ini.

Tidak berahsia, malah Pavithra sendiri mendedahkan angka sebenar yang dibayar oleh pihak Google Adsense bagi setiap video yang dimuat naik.

Dalam perkembangan terbaru, difahamkan Sugu telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokusnya kini pada penghasilan video yang lebih baik lagi pada saluran YouTube mereka kelak.

Sebelum ini, dia yang bekerja di ladang kelapa sawit kerap kali mengambil cuti semata-mata untuk membantu isteri merakam video. Jadi sudah tiba masanya untuk dia tampil fokus dan tingkatkan lagi pelanggan untuk menonton video mereka.

Saban hari, pengikut (subscriber) YouTube mereka semakin bertambah. Ini antara salah satu faktor pemangkin semangat untuk keduanya menjadi YouTuber yang lebih baik. Tambahan pula, pendapatan yang dibayar juga lebih baik berbanding sebelumnya.

Meski pun berbangsa India, kefasihan Sugu  dan Pavitha berbahasa Melayu juga membuatkan mereka unik berbanding YouTuber masakan yang lain. Penyampaian yang ikhlas membuatkan ramai mula minat menonton perkongsian mereka.

Semoga Sugu dan juga Pavithra dalam dunia baru yang diceburi.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:Cinca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*