Foto terkini pelakon komedi Johnny Lever bersama keluarga

Filem Bollywood hingga ke hari ini masih mendapat tempat di hati penonton.

Selain dari menghidangkan watak utama hero kacak serta heroin yang cantik, ada satu watak yang berjaya mencvri perhatian, iaitu watak komedi atau pelawak.

Salah seorang pelakon Bollywood yang sering melakonkan watak sebegini ialah pelakon Johnny Lever.

Antara lakonannnya dalam filem ialah seperti Kahoo Naa Pyaar Hai sebagai watak Inspektor Parab, di Kuch-kuch Hota Hai sebagai Kolonel Almeida, dan banyak lagi filem. Boleh dikatakan hampir semua filem Bollywood, pasti ada kemunculannya.

Rasanya seperti filem Bollywood akan menjadi terlalu serius jika tidak ada Johnny Lever yang berlakon di dalamnya. Watak-wataknya selalu lucu, jelik, dan mengundang ketawa para penonton filem.

Lever telah berlakon filem sejak tahun 1980-an. Kejayaan yang diraihnya adalah hasil kerja kerasnya ketika dia masih muda.

Dia memulakan kerjayanya sebagai stand up comedian dalam komedi muzikal. Lever adalah salah satu stand up comedian pertama di India.

Pada masa ini, Lever berkhidmat sebagai presiden MAAM (Mimicry Artist Association Mumbai) dan telah melakukan banyak lawatan stand up comedian di seluruh dunia.

 

Bukan hanya karier, kehidupan bersama keluarga bahagianya sering menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi, saat bersama isterinya.

Lever, yang dilahirkan pada 14 Ogos 1957, berkahwin dengan seorang wanita bernama Sujatha.

Dari perkahwinannya dengan Sujatha, Lever dikurniakan dua cahaya mata bernama Jamie Lever dan Jesse.


 

 

Lever yang berusia 60 tahun telah meraih banyak anugerah dan masih aktif berlakon filem sehingga kini.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: SinarViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*