“Nampak tua je..”- Peminat kurang senang dengan solekan Mira Filzah

Mira Filzah merupakan salah seorang selebriti yang digemari netizen kerana bukan sahaja kerana memiliki paras rupa yang menawan, namun, dia sememangnya sangat berbakat sekali gus berjaya menempa nama sehingga digelar artis wanita paling laris.

Dia  juga menjadi inspirasi buat para gadis diluar sana atas kejayaannya diusia yang muda malahan  mereka turut tertarik dengan penampilan Mira  yang bergaya namun tetap sopan.

Walaupun tanpa secalit makeup, wajah ‘natural’ selebriti ini sering menerima pujian.

Malah, dilaman Instagram dimana Mira Filzah sangat aktif berkongsikan kerjayanya disamping memuat naik foto-foto menarik buat peminat sehingga kini dia juga antara selebriti popular dilaman sosial Instagram dengan mempunyai 6. 3 juta followers.

Pun begitu, ternyata satu perkongsian menerusi laman Instagram mStar, dimana Mira Filzah tampil mengenakan makeup berbeza dari sebelum ini membuatkan dia menerima komen kurang senang peminat.

Mira Filzah dilihat mengayakan busana serba putih dan ternyata ada sedikit kelainan pada tatarias pelakon cantik ini.

Kebanyakan peminat  merasakan bahawa Mira tidak sesuai untuk mengenakan makeup sebegitu kerana dia kelihatan tua.

Ada juga yang berpendapat Mira lebih sesuai untuk tidak mengenakan makeup kerana dia diakui ramai seseorang yang cantik secara semulajadi.

Hmm.. betul juga pendapat n3tizen ni kan? Tapi sekali sekala Mira nak nampak lain, apa salahnya.. huhuhu..

 

 

 

Sumber:TvSarawak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*