Luahan ‘Pak Long Mail’ untuk semua rakyat Malaysia

Siapa yang tidak kenal dengan Menteri Kanan (Kluster Kes3lamatan),Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malahan anak kepada Datuk Seri sendiri, iaitu penyanyi dan pelakon Dafi turut mengakui bahawa populariti diperoleh bapanya sangat hebat ketika ini.

Walaupun Datuk Seri Ismail Sabri sebenarnya adalah Pak Su di dalam kalangan ahli keluarganya, Dafi merasakan gelaran yang diberikan rakyat Malaysia kepada bapanya iaitu Pak Long Mail jelas menunjukkan betapa rakyat berasa mereka dekat dengan pemimpin negara.

“Sejujurnya, saya lihat rakyat Malaysia ketika ini amat menyenangi pemimpin negara yang baru memegang tampuk pemerintahan. Ia seolah-olah menunjukkan betapa mereka menghargai usaha kerajaan dalam mem3rangi pand3mik C0vid- 19,” ujar Dafi.

Dan apa yang dikatakan oleh Dafi itu ada asasnya.

Dalam satu posting terbarunya di Facebook, ‘Pak Long Mail’ ada meluahkan sesuatu kepada rakyat Malaysia,membuktikan yang beliau sememangnya figura berjiwa rakyat .

Tulis ‘Pak Long’,

Walaupun ucapan yang serba ringkas ternyata ia berjaya memberikan respon positif di kalangan wargamaya.

 

Terima kasih Pak Long!

 

 

Sumber:FB Datuk Seri Ismail Sabri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*