“Dia minta saya sediakan baju Melayu”- Azian sebak tak dapat tunaikan permintaan terakhir arw4h anak menjelang raya

Di sebalik senyuman dan raut wajah tenang penyanyi era 80an yang merupakan pelantun lagu Bukan Belas Bukan Simpati , Azian Mazwan Sapuwan tersimpan perasaan rindu yang tak tertanggung terhadap arw4h anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain.

Aqil menemui ajal dalam kem4langan jalan raya sekitar Disember tahun lalu.

Arw4h turut meninggalkan seorang balu dan anak. Ketika meninggal dunia, arw4h baru sahaja bergelar seorang bapa dan anaknya, Aryan Zahfran ketika itu baru berusia 11 hari.

Semestinya, rasa kehilagan itu adalah yang paling ‘sakit’ kerana kasih sayang seorang ibu tiada penghujungnya.

“Apabila dapat ke kubur arw4h rasa sangat tenang dan hilang rasa rindu. Kalau hujan pun saya akan duduk dalam kereta sekejap dan lihat kubur arwah dari jauh. Itu pun sudah cukup menghilangkan rasa rindu.”

Cerita Azian,“Pada siang hari kejadian, arw4h ada datang makan tengah hari bersama kami sekeluarga. Arw4ah ada tegur saya, lama tak makan ayam memandangkan isterinya ketika itu masih dalam pantang.
Saya kata petang nanti saya masakkan untuknya nasi ayam. Petang tu memang keraplah arw4h datang. Dua minggu sebelum meniggal, arwh kerap bawa adiknya berjalan-jalan naik motor.

Saya selalu pesan kepadanya bawa motor baik-baik walaupun arw4h memang bawa motor tak laju. Kadangkala saya ada juga terdetik rasa tak sedap hati bila berkata begitu. Takut terjatuh dan sebagainya. Malam sebelum kejadian, anak bongsu tiba-tiba demam dan menggigil. Dalam pukul 2 pagi saya mendapat panggilan daripada rakan arw4ah menyatakan dia kemalangan di Kajang dan terjatuh dari motor.

Anak ketiga bergegas ke tempat kejadian dan menemainya menaiki ambulan. Ketika itu arw4h masih sedar namun dalam keadaan kes4kitan. Saya tak dapat pergi kerana kebetulan anak bongsu demam mengejut.

Suami ke hospital untuk melihat keadaannya. Memandangkan arwh masih sedar ketika itu dia sempat bercerita bagaimana kemalangan boleh berlaku.

Menurut cerita, arwh keluar sebentar untuk berjumpa rakan memandangkan sudah lama dia tak keluar bertemu mereka sejak menjaga isterinya berpantang. Semasa dalam perjalanan tiba-tiba ada dua kereta dipandu laju sehingga arwh hilang kawalan. Dia terpaksa brek mengejut lalu terjatuh.

Mulanya saya kurang percaya sebab setahu saya, sejak isterinya sarat mengandung arw4h kerap memandu kereta dan sudah lama tak menunggang motor terutama luar dari Putrajaya. Apabila anak sulung berkongsi gambar kejadian barulah saya percaya. Keesokannya baru saya berpeluang ke hospital. Dari luaran kecederaannya sedikit sahaja. Cuma kecederaan dalamannya sahaja agak serius. Selepas dibedah arw4h ‘ditidurkan’.

Setiap hari saya akan ke sana walaupun dia masih dalam ICU. Empat hari sebelum arw4h pergi dia ada membuka mata. Fizikalnya juga semakin susut. Walaupun sedar tetapi arwh tidak mampu bercakap kerana masih lagi s4kit dan terdapat banyak wayar di dalam mulut.

Hanya matanya sahaja mampu merenung ke arah saya. Dan setiap hari saya akan menyebut ‘Aqil, ini Mama..’ Terdetik juga, adakah dia buka mata hanya untuk seketika atau sebaliknya. Namun saya tetap positif dan yakin dia boleh sembuh. Anak sulung sentiasa berpesan agar kami terus berdoa kepada arwah. Setiap hari kami juga tidak lupa untuk mengaji di sisinya mohon kesembuhan.

“Setiap kali raya arw4h mesti nak saya sediakan baju Melayu. Saya pernah mengusiknya, dah kahwin belilah sendiri. Dia kata baju Melayu nak Mama yang sediakan. Sebelum pemergiannya kami hanya berkesempatan bercakap tentang baju raya sahaja. Itulah permintaan terakhir arw4h yang paling saya terkesan kerana tidak dapat sediakan tahun ini.

Menurut isterinya juga arw4ah sudah belikan siap-siap baju dan barangan bayi yang bersaiz besar. Mungkin dia pun dah tahu yang dia akan ‘pergi’ buat selamanya.

Sejak berkahwin arw4h juga menjadi seorang yang lebih mengambil berat dan bertanggungjawab. Tahun ini pertama kali kami menyambut Syawal tanpa dia. Ketiadaannya tahun ini memang cukup terasa. Kebetulan juga ibu saya tak sihat sejak tahun lalu. Memang dugaan buat saya.

Kalau diikutkan pemergian arwwah masih lagi baru. Selepas pemergian arwwah, apa yang saya lakukan ialah motivasikan diri dengan bercakap kepada diri sendiri agar sentiasa positif dan menjadi lebih kuat. Sebagai seorang Islam juga saya tidak pernah putus berdoa dalam solat lima waktu. Saya juga sentiasa memastikan mendekatkan diri kepadaNya. Itulah penawar paling mujarab buat saya, jiwa akan lebih tenang.

Setiap petang saya sering ke kubur arw4h. Saya memang mahu arw4ah dikebumikan di Putrajaya kerana saya mahu dekat dengannya dan hendak berjumpa dengannya setiap hari.

Sejak pemergian arw4h sebenarnya banyak hikmah dan kebaikan yang datang. Banyak pengajaran yang kami dapat selain banyakkan bersedekah untuk arw4ah dan orang lain. Sumber kekuatan saya semestinya suami walaupun selepas kejadian dialah insan yang paling lemah walaupun luarannya nampak tenang.

Kami banyak berkongsi rasa kerana saya sendiri memerlukan sokongan yang kuat ketika meluahkan apa yang dirasa. Saya juga semakin rapat dengan anak perempuan kedua kerana saya sering berkongsi perasaan dengannya dan dia cukup faham dan matang dengan apa yang berlaku. Harapan saya agar kami sekeluarga tabah menghadapi kehidupan dan semakin akrab bersama,” akhiri Azian sebak. Al Fatihah (mohon dibacakan buat Allahy4rham Mohammad Aqil Zulkarnain).

Sumber: Nona

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*