Pengiraan bil elektrik adalah ikut undang-undang, boleh rujuk TNB untuk elak kekeliruan

Selain bil air, bil elektrik juga menjadi topik utama pengguna apabila bil mereka mencanak naik.

Justeru itu, pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengakui, turut berlaku kekeliruan di kalangan pengguna berkaitan pengiraan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika ini.

Menurut Menteri Tenaga Dan Sumber Ahli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, orang ramai yang tidak berpuas hati atau menghadapi kekeliruan berhubung isu terbabit boleh merujuk kepada TNB dan juga Suruhanjaya Tenaga.

” Pihak TNB akan menambah kemudahan Kedai Tenaga mulai 1 Jun supaya rakyat boleh berhubung untuk dapatkan maklumat tentang perkara ini,” Katanya selepas mendapat banyak rungutan orang ramai yang menerima bil elektrik yang tinggi menerusi pembacaan meter secara fizikal selepas ianya dihentikan sususlam PKPB sejak 18 Mac lalu.

Tambahnya lagi, TNB tidak membuat pengiraan bil elektrik sewenang-wenangnya, sebaliknya ia dilakukan setelah mendapat kelulusan ST selaku badan pengawal selia.

Pengiraan adalah mengikut undang-undang yang ditetapkan

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif ST, Razib Dawood berkata, pengiraan oleh pihak TNB adalah mengikut tertib ditetapkan dan tidak wujud isu syarikat utiliti tersebut sengaja melambatkan bacaan.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Xtra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*