Tawil bersyukur masih sihat, masih menanti rumah PPR

PELAKON veteran, Tawil, 68,atau nama sebenarnya Abu Bakar Ahmad bersyukur kerana dapat menjalani ibadah Ramadan tanpa sebarang masalah kesihatan.

Tawil yang menghidap s4kit lutut, saraf dan d4rah rendah berkata, dia juga mengisi Ramadan dengan melakukan solat Tarawih bersama isterinya, Azah Abdul Kahar, 67, di rumah.

Pelakon yang pernah popular menerusi filem Prebet Lapok bersama pelakon AR Badol itu juga mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak dan masyarakat yang sudi membantu memberikan sumbangan barangan keperluan kepada dia dan isteri.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang menyumbangkan barangan keperluan antaranya, Lembaga Zakat Selangor, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan beberapa yayasan artis lain serta masyarakat sekitar Serendah, Selangor yang sentiasa mengambil berat,” katanya.

Rasa kegembiraan itu sedikit sebanyak mengurangkan rasa hibanya yang kini masih lagi menantikan keputusan permohonannya untuk menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi mengurangkan bebannya yang perlu menjelaskan sewa rumah sebanyak RM500 setiap bulan.

“Saya sudah buat permohonan sejak November tahun lalu dan sehingga kini, masih lagi menantikan keputusan sama ada permohonan saya diluluskan atau tidak.

Sekiranya lulus, sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban saya memandangkan sewa rumah sekarang agak tinggi.

“Sebelum ini, saya pernah ada rumah, tapi semuanya lesap selepas saya menjadi m4ngsa sindiket penipvan pelaburan dan sehingga kini terpaksa menyewa.

“Kalau dapat bantuan rumah PPR, saya masih lagi akan membayar sewa tetapi dengan lebih rendah bersesuaian dengan kemampuan saya,” katanya.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*